Friday 20 January 2012

-makan makan di Seoul Garden-

HAHAHAHAHAHA.. *gelak jahat  -_-

jangan buat buat tak paham pulak? mula dah ni aktiviti makan aku. dah nak cite dah ni.. tapi ini  bukan blog makan ye? so mana nak bawak kali ni? hmm hmm.. yeah! kali ni aku nak bawak pulak korang ke KOREA!

yeyeah! yeyeah! suka! suka! makan lagi.. 

so, as Julia and I punya birthday treat, our parents belanja makan di Seoul Gardens.. i tell you what, tempat ni sangatlah lain daripada yang lain.. best sangat makan kat sini. siapa yang memang kuat makan stok stok macam ai ni la kan, ehehe memang bagus dan sedap lah! bayar sekali per entry amik la seberapa banyak yang korang nak makan. selagi perut tak pecah, haa makan puas puas!




haa, ni tengah sesi memilih makanan la ni. dari segala jenis dan bentuk fishballs, chicken balls, sotong balls, udang balls dan macam macam sampailah ke udang in garlic, udang in tomyam, chic black/white pepper, chic in tomyam dan segala lagi.. sampai jadi rambang mata dan tak tau nak pilih, "eh, what should i eat first ey?"

kalau nak noodles pon ade, nasi pon ada. kira cukuplah untuk serve semua jenis selera. not to forget, desserts dia siap ade aiskrim malaysia lagi tau. ABC tak payah cakapla. so conclusion dia adalah, tempat ni seronok!


lepas waiter assists kitaorang ke tempat duduk, dia pasang api dan tuang sup yang dah dipilih masa awal pembayaran tadi. ade dua jenis yang jadi plihan we all. satu abalone soup and the other one is fish chili soup. dua dua sodapp! dah tuang soup, terus pergi amik makanan macam tak ingat dunia dah. habis penuh pinggan. best pulak main masak masak atas dapur comel itu. hikhik




tengoklah ai main masak masak ni. best pulak rasanyee.. :) mama yang mula mula tak suka jadi pulak suka. mama kata, "apalah bayar mahal mahal tapi kena masak sendiri, tak bestlah" last last mama yang makan banyak. tapi aku pon banyak juge.. kehkeh


khusyuk pulak adik aku sorang ni memasak. ye ye aje tu..


dia sibuk memasak, aku sibuk melantak! haha..


comel kan fishballs ni.. macam bentuk pau yang sangat comel! :)











ni semua muka dah gembira lepas berjaya menghabiskan masa selama sejam lebih. haa lupa nak habaq, lagi satu rules di sini ialah, selagi makanan yang kita amik tu tak habis, janganlah sekali-kali kau nak bangun. NO okeh! kalau tak buat macam tu, memang ramai lah yang melakukan pembaziran, ye dak? bagus jugaklah system dia.. 

so lepas ni bolehla, datang lagi. tempat ni memang best la. suka sangaaatttt! :)

Thursday 19 January 2012

-mari berbasikal-

heyho..
memang adalah sangat lama gambar ni terperuk dalam lappy aku.. maklumlah, aku kan busy 'belajar' dan jugak bermain. haha. tambah pulak dah jadi pelajar senior ni kan? ececece, nak berlagak pulak dia... baru semester 4. diploma pon tak habis lagik. so, kira takla lambat sangat kan nak menceritakan aktiviti riadah aku and the gang pada waktu petang hari di kampus.. ala ala student campus life la kan..? chill la. semester pon tak habis lagi, maknanya cerita ni takdelah lapuk mana kan? :) kehkeh

ok maaf, tak ingat berapa hari bulan, tapi yang aku ingat adalah hari rabu masa kitaorang main basikal ini.. sebab rabu petang takde kelas. heaven okeh! so dari terbaring, terperap aje dalam bilik, apa salahnye sekali sekala turun padang mengeluarkan peluh, ye tak?



so lebih kurang dalam pukul 5 - 5.30 macamtu, kami semua berkumpul di bawah kolej.. exited gila nak naik basikal. maklumlah last naik pon masa kecik-kecik dulu. zaman sekolah rendah. main dengan jiran. sekarang takde dah.. tu yang terjakun sikit tu. nak naik basikal ni pon, bukan simply datang bawah kolej mintak "kak, basikal satu!". takde okeh. kena BOOKING duluu. pulak tu kenalah booking awal. kang tak cukup pulak untuk ahli rombongan. kelass kau.. 

so, maka dengan itu, syera(right) telah diberi mandat oleh kami-kami ini untuk call and deal dengan tukang jaga basikal itu. ini sebab basikal adalah berada di bawah kolej dia. so sementara menunggu lagi sorang, iaitu ain yang tak lagi kunjung tiba, maka camwhore adalah aktiviti wajib. :) macam tak biasa pulak kan? gambar pon takdelah semenggah mana. pakai camera phone ajee. dslr takdok..


banyakla jugak basikal yang disediakan.. ada dua jenis. satu bergear and satu lagi yang biasa punya. tapi, seat dia sangatlah tinggi. terjingkit-jingkit aku nak duduk atas basikal tu. ke aku ni yang rendah.? hikhik. berseri-seri muka semua orang nak naik basikal. itulah dia classmate saya.. :) fatin, dian dan syera..

dan tak lama lepas itu, ain pon sampai. ingat dah boleh gerak tapi pulak, tukang jaga basikal pulak datang lambat.. tungguuu lagi.. takpela. borak borak dulu. dan beberapa minit kemudian, orang yang ditunggu pon datang. heee ^^ senyum sampai telinga! bila dia bukak aje rantai basikal tu, terus aku terkam basikal aku. macam basikal tu boleh berjalan sendiri. takut sangat hilang! 

dapat je basikal, warm up la dulu. sekayuh dua kayuh dan berkayuh-kayuh. haha. siap berbunyik-bunyik lagi basikal tu. memang menarik perhatian! memang aku suka. seat dia pon keras. lagi keras dari batu aku rasa. erk? -_-' takpelaa. what do you expect from rm2 per hour per ride? itupon dah bersyukur dapat kayuh basikal dalam kampus.. lepasni nak paw abah belikan basikal. haha. boleh main petang-petang. :)

lepas je dah panaskan badan, lajuuuuu je berdesup turun bukit. lek je tak jaga brek. sedap je angin menampar-nampar muka. dari yang paling belakang, jadi yang paling depan. pastu main, pakai seluar jeans dan selipar je. yang fatin siap lengkap dengan sports attire dia. haha. gila semangat



lepas tu, kat persimpangan jalan atau lebih dikenali as tembok jodoh (mengikut kata naim) sebab ramai sangat couple suka dating kat sini. tapi takdelah best manapun. menghadap longkang yang besar aje.pelik macamana orang boleh berdating di situ. kami buat pitstop jap. ain dengan syera berhenti di 'uptown' untuk order makan malam mereka. macam dekat overseas kan? ala ala spring gituu.. :)


siap bawak purse okeh naik basikal. nasib baik ade tali nak gantung. tapi beg tu sekarang takde dah. tali dia dah putus masa bawak main bola tampar hari tu.. huuhuu T_T kan betul aku pakai jeans aje. haa, time ni bolehla sengih sengih buat peace, sebab tadi turun bukit aje. jap lagi amik kau. mula mula steady je kayuh basikal naik bukit, lepas tu kau pulak yang sorong basikal tu naik bukit. gila penat! yelaa ai kan ada asthma, excuse la kan tu..? hikhik dah la lalu depan kolej lelaki. malu ai~


dan, menambahkan lagi adventure kitaorang petang tu, marilah sama sama naik ke blok kayangan (BK) yang terletak nun jauh atas bukit. nampak jalan belakang tu? serius sangat tinggi okeh! ni lagi suku perjalanan nak sampai, tak larat dah aku nak kayuh. tak rasa kaki. apalagi, sorongla naik atas.. tapi segalanya berbaloi bila dapat tengok sunset yang sangat indah! :) ain sampai dah terduduk atas jalan. penat punya pasal.


basikal ai warna pink! you ada? haha. lepas dah bergambar-gambar dan round-round kat BK, saat yang paling ditunggu adalah waktu turun! i tell you what? gila best turun bukit!! laju tak terperi okeh! brek memang tak lepas la. dibuatnya sekali brek tak makan, memang naya je langgar board kat simpang jalan.. laju dia, kalah roller coaster. haha

lepas tu, masa ade banyak lagi, so syera bagi cadangan kita keluar dari main gate instead of buat lagi satu pusingan. best jugak bawak basikal keluar kampus. lepas ni bolehla naik basikal pergi bandar. bakar sikit kalori. haha. tengah kayuh kayuh tu, sekali ternampak pulak bangkai biawak kena lenyek kereta. terburai usus dia. ewww. tak sempat pulak nak amik gambar. lupa sebenarnya. haha

dan tepat pukul 6, basikal pon dipulangkan.. dan masing masing sempat pekena air mangga sorang setin dengan harga rm1.50 untuk lima tin! kau ado? haha maka itulah dia aktiviti riadah aku untuk sem 4 di uitm segamat! will be updated sooon.. :)