Friday 30 September 2011

-terminal segamat terbakar-


bila berita ni di beritahu oleh mojojo tengah hari tadi, i was like WOAH! biar betul. mula mula aku ingat terminal larkin yang terbakar. tapi rupanya segamat punya.

oh man! macam mana aku nak balik nanti? tapi itu takpe lagi. tak cukup untuk dikesiankan sangat. ni, macam mana dengan orang orang berniaga dekat situ. apa jadi dengan sumber pendapatan diaorang?
kesian kot. habis musnah periuk nasik diaorang. 

tempat tu memang la popular. terminal la katakan.
mesti tanggung kerugian banyak kan? 
punca kebakaran ade orang kata sebab berlaku gas bocor. tapi entahlah. siasatan masih sedang dilakukan.

tapi lately ni memang banyak kes letup terbakar semua kan? 
bencana boleh berlaku dekat mana mana aje.
atau mungkin ini salah satu sabotaj.





marak betul api. ni dekat bahagian kaunter tiket.



tak salah ni kaunter Cepat Express kan?


uish. asap menjulang-julang. habis kedai kedai runcit, kedai handphone dekat situ.



ni kawasan tempat makan. musnah dah semuanya.


p/s- bencana boleh melanda di mana mana sahaja. waspadalah setiap masa dan bertawakal.

-iftar 2011-


hai hai hai... 
hari tu masa bulan puasa lepas, kelas aku ade buat iftar berama-ramai dekat luar. dah lama dah aku nak update pasal cite ni, tapi gambar takde la pulak. so agak terbantut la kejap. nak cari gambar tapi tak tau mana puncanya. huhu 

so baru kejap tadi, stalk stalk FB orang, terbukak la one of my classmate punya page then walla! i got the pictures bebeh! huhu

sukanyeee~

okey, pada hari ni sebenarnya segamat boleh pulak haih takde air. kau bayangkan, tengah tengah bulan puasa boleh pulak takde air. mana nak mandi, nak amik air sembahyang. terseksa jugak la woo.
dah la tengan mid of the week. nak balik memang tak boleh la. tak kan nak skip kelas pulak kan?

okey, so before aku keluar tu, aku tanya member yang duduk sektor B, diaorang kata, blok mereka masih ada air. aku apa lagi? melompat suka. habis kelas je, terus pegi sana. pinjam towel and sabun diaorang, aku mandi la.. walau tak dapat shower, tapi dapat air sorang separuh baldi pun dah kira bersyukur tau. sedap je air sejuk lalu kat badan. nyaman jeee

then, dah siap mandi, balik la bilik tukar baju solat semua. lepas tu diaorang suruh tunggu dekat depan pagar utama. then tunggu la sampai semua dah ade, kita pon naik la bus sesama.




amik tempat yang paling belakang! best ouu..
bukak tingkap luas luas bagai. heaven la.


aten manja, lentok lentok kepala dekat bahu ai.. aww


peace everyone, PEACE!



haa.. ni depan tempat kita berbuka. namanya adalah

RESTORAN ARSHAD

aku ingat ni kedai mamak, sebab dekat JB, arshad ni nama kedai mamak yang harris suka pergi tetiap pagi untuk makan roti canai atau roti telur dengan teh ais setiap kali balik sekolah agama. sampai mamak tu pun dah kenal dengan harris. suka bagi dia gula gula free.. aku lagi suka sebab gula gula tu mesti dia pass dekat aku. haha


classmate saya! :)


oooommmmmggg! i have been reserved! gilos! 


panjang tak meja kita dak dak kelas. sebelah sini adalah bahagian ladies dan...


ini adalah bahagian gentlemen. :P 
should be ade tiga orang je budak lelaki, tetapi diaorang bawak geng untuk memeriahkan suasana.
kot..


burp! alhamdulillah.. kenyanggg~


borak borak kosong lepas makan dan solat sambil tunggu bas




inilah kami! happening always! :)





aksi aksi manja dan comel kami. yang paling comel mestilah saya! haha pang!


flying kiss from us to all of you..


oooh. agaknya inilah rupa pak arshad tu eh? haha

eh ade satu gosip jap ni.
hari tu, ade dua batch budak uitm yang berbuka dekat sini ni. satu batch kitaorang dan satu lagi batch budak part 1. siap jemput lecturer tau lagi. ok gedik! lepas tu, oklah. kita berbuka, makan makan, borak borak lepas tu mestilah nak solat kan?

so ladies yang pergi dulu. yelah, kan ladies amik masa lama kan.
so the gentlemens semua duduk lepak lepak kat luar.

so bila semua dak dak kelas dah habis perform maghrib's prayer, kita lepak kat luar kedai pulak sambil amik angin malan and main truth or dare. aku awal-awal dah lari. gila aku nak main? haha

pastu yang aku peliknya, batch student yang satu lagi pun rupa rupanya ade jugak kat luar. tengah tunggu bas. aku ingat diaorang dah balik tapiiiiiiiiii...

diaorang kenapa tak solat eh? ke aku yang tak perasan? tapi rasa aku surau ade satu je kat kedai tu. boleh pulak satu kelas pakat tak solat. memang tah pape la perangai.
bawak bawak bertaubat ye adik adik.. :)

p/s- meniti hari bahagia untuk lepaskan paper LAW the KILLER!

Thursday 29 September 2011

-sepetang di kolej-


setelah bertungkus lumus menjawab paper MAF pada pagi tadi, akhirnya aku dapat jugak merasai kebebasan yang memang amat diidamkan. 
walaupon sebenarnya ade lagi satu paper jadi tak payah la nak ingatkan buat takut tak tido malam kang.

LAW tuuuuu..
memang tak la aku nak baca sesaja melainkan ade test dan final.

haih aku pun tak tau macam mana lah nak minat kat subjek 'keras' ni.
dah pupuk segala minat tapi still tak menjadi jugak. huahua  T_T

so before nak start study LAW esok,
makanya pada hari ini haruslah kita berjalan jalan mengambil angin yang segar dan merelease-kan otak ku yang amat tension ni haa

jalan la jauh sikit dari kolej kan?
barulah best! hee ^^

boleh caya tak yang petang tadi aku memang tamak segala tamak la..
mula-mula before sampai, aku dah set dalam mind aku yang petang ni nak order mee hong kong
lama gila dah aku tak makan. aku memang boleh sampai tak pandang kiri kanan kalau dah jumpa
 mee hong kong ni. nyumnyum.. dapnyeee~  lagi lagi kalau letak cili potong. waaahh..

okey, sampai je sana, tengok dekat area memasak macam kosong je. yelah baru pukul 5.30 macam tu. awal lagi kalau nak ada masak masak ni. tanpa pikir panjang terus cakap kat kina, makan mee sup jelah. so aku order la dua, sata saya.. winkwink! dan satu lagi kina.

then sabsab nak gak tanya yang masak masak so teman la dia tanya kat kaunter. mula mula hati aku kuat mengatakan bahwa.... cet ayat novel jap. haha  yang order ni memang tak start lagi. sekali bila tanya haa hambek kau. dah boleh dah order..

tapiiiiiiii....
aku dah order mee sup. camne? camne?
bila tengok list makanan dalam menu semua sedap-sedap. menyesal pulak tetiba tanya dari awal tadi.. huhu.

dan lagi sekali tanpa pikir panjang terus tulis,
nak mee ladna satu tambah cili potong, bungkus eh! dan dan terus order. haha

gila kan? manalah nak kurus. makan berlebih lebihan. stress study agaknya la ek?

lepas makan makan kami lepak di bawah kolej dan mula lah sesi photoshoot tak rasmi kami...

enjoy!



ade macam itik pulang petang tak? eh betul ke ni? haha pfftt




wah wah banyak nye bunga.. nak feeling oversea jap ni.


setiap orang di spot yang sama.. harusla kann? haha


eh..eh.. nampak kurus kan? haha pfft


motif? penyek je muka aku nengok


ini nama nya trademarak cekak pinggang ala sarah abu bakar :P


kena ada! kena ada!


si keyna yang bermuka cina


under di pokok kelapa, i will waiting for youuuu



okey itu saja petang kami.
yang dihabiskan dengan berjalan jalan di UiTM. :)
keluar la jugak peluh. sikit pun ade la jugak.. 

p/s- harap harap esok larat la aku nak bangun pagi baca LAW the KILLER! haha bye!



Wednesday 28 September 2011

-pelik-


nak kata pelik takde la sangat kot. or maybe aku je yang terperasan lebih.
aku kan memang suka begitu. haha

semalam ade one of my FB friend punya birthday. to be exact, aku tak kenal pon siapa dia sebenarnya.
just one of my members je. selalunya, kalau orang yang aku tak kenal ni
memang susah la aku nak wish.

tapi semalam boleh pulak haih aku terbukak page dia.
dah alang-alang tu
wish je la terus. tak berdosa pon kan? haha

so the next day which mean today la kan, aku on FB.
siyes aku memang tak expect dia balas apa apa pon.
cukup dengan sekadar "like" or maybe "Thanks 4 the wish" aje!
tapi seems like things happen the other way round.

dia bukan takat "like" and balas "thanks" tapi
terjadi benda lain pulak.
things that i never expected.
or maybe dis tersalah orang  la kot.
agaknya la eh?

sebabnya, bila aku stalk page,
normally orang lain wish, dia just buat as I expected la kan.

just dengan "like" and "thanks" only.
takde la pulak lebih lebih ni haih!

marah ke? tak lee..

ke maybe nama SARAH ni popular tak?

-huahuahua-


click for enlargement  :)

p/s - mood MAF lagi niiii... :) please be nice to me bebeh!

Tuesday 27 September 2011

-rumah ooooo rumah-


hoooyeah!!
aku dah nak pindah shah alam!
yeah! yeah!
hooyeah!!

teruja! gembira! bahagia! seronok!

ni sekarang adalah progres terbaru rumah aku di shah alam.. nampak tak, dah ade rupa rumah dah tuuu..
tak sabar nak pindah sini balik. kalau takde aral melintang, hujun tahun ni pindah la aku ke rumah ini. 

lama dah wei aku duduk jb. janji 2-3 tahun je tapi sekarang dah nak masuk 4 tahun dah ni. tak boleh jadi nii..
tapi pada satu hari bila mama dan abah bawak khabar berita ni, rasa dunia aku yang punya.
besar tak effect dia? haha sengal!

lets have a look guys. hit it!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

dah.. dah.. tekan lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 tadaaa!

ni view dari depan.


bilik aku yang depan sebelah kiri tu.. best! best!


ni pulak dapur aka office mama..
siap nak letak aircond kunun kunun nak buat kuih dalam suasana yang sejuk le tuu..


haa.. 
yang baju putih tu la kontraktor yang manage progress rumah ini. :)
Mr. Foo nama dia. sangat berkaliber

ni tengah sibuk susun atur tiles untuk toilet! :)


this is main living room area.


yang paling penting harusla bilik aku kan? haha


ni bilik julia. banyak betul tingkap! takut la.. hiihii


suka corak tiles dalam toilet ni.. unik kan?
ni toilet for guests.. :)

located at 2nd living room


mama and abah punya toilet. macam hotel dah nii..


siap ade table top lagi tau.. aww aww


ni dari pandangan sisi pulak..
nampak tak? tingkap semua dah wall to wall.. memang terang la wei rumah ni..


and the last one...
saje je nak ulang tayang gambar memula tadi.. hehe
tak sabar nak pindah sini..
hooyeah!! :)

p/s - mari pindah.. mari pindah.. mari pindah.. :D

Monday 26 September 2011

-dating di NR-


pada tengahari yang sangat panas, dengan aku tengah bermalas-malasan di atas katil sebab protes penat nak study tapi bisisng bising takut memang nak pang! sedas dua nak ambik exam

tetiba si sabsab calling calling manja ajak pegi lunch date dekat NR. 
woah! apa lagi aku on jelah. dari lepak-ing, baik jenjalan sikit. takpe takpe malam ni aku belajar. siyes!

turun je dari kolej, jumpa pulak si syaznie ni.. tak padan dengan kecik, penuh satu badan dengan beg.
nak balik tak ajak aku eh! untunglah dia next paper lambat lagi. hahai..

dan kami terus menuju ke NR. dan selepas babai si syaznie yang balik bukit jelutong dengan kawan yang hantar sampai depan pintu pagar rumah, aku dan sabsab mendaki tangga makan di batu cave NR.

belum pon sampai lagi, syaznie call, mau makan bersama sama. kawan dia gerak lambat sikit. jadi tukarla nama triple date!

makan di kawasan luar, means takde aircond sebab angin sangat sedap. tapi banyak lalat. mana tangan nak suap makanan, mana tangan nak halau lalat lagik! pheww penat tau...

dan sharing is caring cerita-cerita semasa.. bestnyeee... pasni kita keluar lagi yeh? yeh? :)


nilah saya dan si syaznie :)  
sabsab tukang ambik gambar..


p/s : jenjalan macam aku dah habis paper je. padahal buku tak usik usik lagi nii.. haih! malasnyeeeee~

-makan makan di Puteri Harbour-


haaa..
hambek kau. bila sekali dah update blog, baru kau nak update, update dan update lagi?
draft draft lama yang dah tersimpan boleh buat pekasam semua keluar..
hahaha...

kali ni cite ape pulak?
aik.. macam dah masuk zon makan makan balik je ni.. blog ni dah macam blog makan makan ler pulak.
hahaha.. maap ler, well its my passion. HAHA..

okey, cite ni berlaku actually masa before aku balik semula UiTM. ni tengah break sem 2 nak ke sem 3.
lama tak..? lama tak...? aku dah nak abis pun sem 3 ni haa.. baru nak keluar cite ni. hehe


ini bukan tempat makan. sesaje je nak letak? boleh ke takpe? huahua


okey. kami semua gerak malam ye ke tempat ini.
restaurant ni agak jauh la dari jb. ni dekat kawasan wilayah iskandar sana tu.
and...........
tempat ni tersangat la sunyi. tau tak we are the only family yang dinner kat situ.
macam mana boleh terselit kedai pulak haih kat sini. -_-'

tapi tak tipu, view tempat ni memang lawa.. haa gimik yang tunjuk tunjuk tu actually aku tengah tunjuk kapal layar.. eh silap.. private boat.. kira ni tempat diorang yang kaya kaya ni berlabuh la..
memang banyak and grand grand pulak tuu..


warna warni air kami.. :)


ni abah punya. asparagus soup. yummeh! aku yang suruh abah amik sebenarnya.. sebab nak rasa .. 
lagipun abah nak diet kan? aku yang bedal paling banyak! haha


mama punya.. tak salah ni nasi goreng kampung.
kelas gitu siap ade satay.. dap gak ni!



haaa.. ni lagilah penting..
nak minum air yang sedondon dengan selendang aje!
eh..eh.. asal aku nampak putih ye? pangg!


yeeee..
dia tunjuk bakat nii..
sebab tak ramai orang, beranilah nak main.
nak ramai apanye.. kitaorang je.

haa..
apalagi, buat kawasan sendiri lee.


abah si jurulatih...


ni pun nak try gak!
lets hit the floor bebeh..


adam


julia


sarah




ni julia punya!
fish and chip


adam punya!
lamb steak


mama


mine!
chicken lemon


haha.. comel je aish pegang pool stick tu..
eh ye ke nama dia pool stick? haha
suka hati kau je bagi nama..

jadi itu sajalah selingan di restoran ini..
tempat dia not bad tapi kalau boleh bawak la ridsect banyak banyak sikit.
dah macam zon derma darah tau tak.
nak makan pun susah.

pape pon we really had our good time together  :)

p/s : tengah lapar ni, tak lunch lagi. hewhew