Monday 20 February 2012

-makan makan di Secret Recipe-


hai hai

hati terasa sangat la gembira. rasa macam nak lompat-lompat dan terbang-terbang aje. serasa dunia aku yang punya. okeh ni dah over! haha mana tak happy yang teramat bila minggu yang serasa paling mencabar berjaya dilalui dengan jayanya. kalah minggu final pulak weh. final pon aku tak rasa stress macam amik test ni.

papepon, semalam adalah paper last untuk test kiteorang! yeyah we should go out somewhere to celebrate a happy day of us? wahaha. dengan duit yang tengah suam-suam kuku memang aku nak terbayang keluar jenjalan la kan? haha

sekali kak long dengan muka bahagia dia, 
"jom makan dekat secret recipe! teringin laaa.."

maka tanpa berfikir panjang sebab dah terlalu bahagia sebab dah berjaya mengharungi minggu mencabar maka kita semua pon setuju mengikut cadangan kak long ituu.

dan mula la langkah kami menuju ke pintu utama UiTM..  lalalala

dan dan kiteorang semua setuju. wah wah!



nampak tak muka yang bahagia itu? lepas tu dengan selamba saje keluar melepasi pak guard dengan memakai selipar jamban. memang main bedal je aku hari tu. lantak la dia nak kata ape. mungkin sebab muka kiteorang yang berseri-seri ni pak guard tu pon kasi je lepas tanpa banyak soal.. hahaha


memang semua tak sabar-sabar nak melangkah keluar dari uitm. lama sangat dah kot terperap dengan buku dalam bilik. naik tepu dah otak. so sebelum keluar harusla berjumpa dengan mesin atm ye dak? haha

semangat semua orang mengeluarkan duit. ake je tak. sebab duit dah habis. tiada lagi dalam bank. oh abah, masuk kan la duit ekstra untuk anak mu diperantauan ini.. *pang! siapa suruh boros sangat. padan muka untuk diri sendiri sebab duit dah takde. hahaha


inilah kawan baik kiteorang dalam segamat. haha :P


tak dapat amik duit, posing depan bank pon jadiklaa. dan ya, tong sampah itu sangat menyibuk! huh


dan kami hanya menaiki bus kuning menuju ke bandar dan juga dikenakan charge sebanyak rm3 dari pakcik yang tersangat annoying tu! rasa nak pang pang aje dia tu. dahla banyak mulut. haish! geram gilaaa.
lepas tu potpetpotpet sepanjang perjalanan. tak nak hantar lain kali jangan la suruh kiteorang naik bus pakcik. baik naik van kuning yang siap ade aircond tuh! bayar pon rm2 je tau.

dan akhirnya kiteorang pon sampai la ke tempat yang hendak dituju. dan kedai pon tak bukak lagi. haha
so berjalan-jalan la dulu menuju ke kedai-kedai yang lain. dan kiteorang berjaya menyuruh ema membeli dress siap dengan belt lagi untuk dinner malam ni. 
kelass kau ema! haha hot stuff kau malam dinner nanti! 


dan lepas dah shopping perut pon mula bernyanyi mintak diisi. so kembali la semula menuju ke secret recipe. masuk.duduk.dan.terus.order.
namapak tak kelaparan yang amat sangat disitu.

lepas dah order makanan masing-masing, mereka memberi keropok udang complimentary. dah lapar, kerepok yang seciput pon semua sambar. haha


diana dan ema


inilah kak long orang yang mengidam nak makan dekat secret recipe. muka tersangat bahagia sebab hajat dah tercapai untuk makan di sini. satu rombongan dia bawak. 


dan aku dan kak long order kek! lama dah mengidam nak makan kek. sedapnyeee~ dah la lembut gebu dan lemak berkrim pulak. gilaa sedapp weh! mine is trans fat free creamy peach cake dan kak long punya blueberry cheese kot.

nangis nak makan lagi. nom nom nom


makan bersuap-suap pulak dia ye? alololo sweet nye kau ema. :)


keluarga bahagia kami semua!


air aten sedap! ade crunchy2 yang boleh digigit-gigit. sedapppp. ape benda yang aku tak sedap bila bab makanan? erk? -_-'


mine is tomyam noodles. mula-mula aku nak order nasi, nasib baik habis. haha so orderla ini sebab nak yang pedas punya. dalam menu ade tiga gambar cili. so nilah jadi pilihan idaman kalbu. dan rasanya not that bad! sedapp! :)


ema punya. spaghetti bolognese with beef.

aten dan dian order makanan yang sama iaitu rice with black pepper lamb. sauce dia sedap bila dicicah dengan jagung! lalalala


dan orang yang mengidam ni rupa-rupanya nak makan aglio olio ini. eh betul ke aku eja ni? haha

sedap jugak. udang dan sotong adalah sangat banyak!


aten makan jagung amat pantas. hanya amik masa selama 3 minit untuk makan dengan licin!


aku makan tak pandang kiri kanan dah. hahahaha


dian yang baik hati sebab memberi jagung itu kepada saya sebab dia tak suka. jadi terima kasih diana! :)


mushroom yang banyak. sebab tu jadi lagi sedap! :D


dan sangat terkejut bila bill sampai. hahahaha. pejam mata je bayar weh. lalala


dah kenyang dan suka hati marilah berangkat pulang. burp! alhamdulillah.. hee hee ^^

dan kemudian berjalan-jalan tanpa hala tuju dan aku telah membeli sehelai inner semata-mata untuk dibuat bermain bola tampar pada petang hari.

dan kami berjalan jauh mencari bus kuning yang boleh hantar kiteorang balik ke uitm. bila makan mahal maka duit takde nak sewa kereta dan terpaksalah menapak jauh. itu normal weh! ;)


kebetulan kami memakai baju hitam. so boleh jadi satu group disini. ;) yeah 3 by 3. dan dian katan saya nampak tinggi di sini. hahaha

dan pada waktu petang, aktiviti harian masih diteruskan walaupon langit kelihatan tersangat berat yang bila bila masa boleh memuntahkan air hujan. tapi hujan sayang aku. huhu. dia turun bila kiteorang dah puas bermain. hujan tau aku dah rindu nak menampar bola. ahaha.. seronok gila!


dan malam kami semua berkumpul di NR Cafe untuk menyiapkan assignment! penat betul minggu yang dilalui ini. tak sabar nak tunggu minggu yang mendatang yang lebih banyak masa untuk berehat. hahaha

dan dengan bangganya, aku nak bagitau aku telah overslept dan ter-ponteng kelas eco. okeh, salahkan mata. haish! -_-'


Sunday 19 February 2012

-petang yang suram-


hai hai..
masih dalam mood study lagi ni. mana tak nye, dalam masa 4 hari ni, berderet semua test. ya, agak mencabar minda di situ. aku tak sangka dah berjaya melepasinya. and now is the last paper! dan aku tak sabar nak terbongkang ganti balik tidur aku yang memang dah berterabur sejak peksa ni. oh my my holiday is ruined! T_T  dari hari khamis straight sampai ahad. bila masanya aku nak bangun lambat goyang-goyang kaki?

dia punya tahap ke-tensionan mengalahkan amik final. memang betul betul orang yang kuat je dapat melepasinya. fuuh~  akulah tu.. HAHAHA bangga kejap. lalala

so memandangkan tinggal lagi satu paper je sebelum aku boleh tidur terbongkang, maka petang sabtu tu aku dah berkobar-kobar nak study sebab paper last adalah tepat pukul 8.30 pagi! so memang tak boleh main main la malam ni. itu kata hati la. 

dan petang tu seolah olah memahami penderitaan yang aku alami dengan mencurahkan isi hatinya. selebat lebatnya kerana menangisi kepayahan yang aku alami sepanjang 4 hari yang menyeksakan ini. aku sungguh terharu. T_T tsktsk.. dan dengan itu jugakla aku kempunan nak main bola tampar. petang je mesti hujan. 

tengok, bola tampar pon sayang aku, tak kasi main masa tengah exam. suruh study jeee..


hujan adalah tersangat lebat beserta dengan angin ribut! woah :O
lepastu aku relaks je keluar bilik berdiri sorang sorang tangkap jiwang dekat koridor kolej sambil membiarkan angin dan air hujan menampar-nampar muka ku yang gebuu.. pfft!
oh dan juga sambil merenung jauh terkenangkan court volleyball yang telah lama tidak ku jejaki. hukhuk.
bukan nye nak ingat test ye dak? ish ish ish.


bila hujan maka baju baju seharusnya lebih afdhal disidai dalam bilik bagi menjimatkan masa dan duit yang telah dilaburkan untuk mencucinya. dahla queue tersangat panjang. memang tak la aku nak beratur lagi sekali dan menghabiskan duit syiling yang sememangnya amat terhad sekarang ini.


okeh sebelum memulakan aktiviti ulang kaji, hari hujan macam ni memang sedap bermalas-malasan di dalam selimut sambil mengunyah jajan dan menonton movie? haha layan cite hindustan pon masuk~


itu normal. belajar tidak boleh dipaksa. lagipon paper esok pagi. bukan malam ni.. erk? *pang!



bila dah habis movie, hati terdetik pulak nak menoleh pada jam. dan ternganga lagi sekali di situ.. :O

ohmmmmgee. aku tak study pape lagi ni weh. dah pukul 9pm oi! lepas tu barulah perasaan keinsafan menjalar dalam hati. lalu cepat-cepat off laptop dan capai pen dan calculator. dan dan aje takut. dalam hati dah sumpah seranah dah kat diri sendiri. entah sampai bila nak insaf study last minute pon aku tak tahu. haiish! -_-

dah dah tak payah nak membebel, cepat bukak buku.. selang beberapa minit satu nota kaki yang sungguh membuat aku terganggu. erk?


okay. terima kasih kawan. :)

ok dah. aku nak study balik ni. babai! 



Monday 13 February 2012

-hobi baru-


hai hai.

ya, minggu yang sangat memenatkan bagi accounting student! dan aku sendiri tak sanggup nak menghadapinya. sebab aku sendiri boleh jadi pecah kepala. kalau la mesin masa si doraemon tu ade, memang aku  nak skip minggu ni. minggu yang serasa aku bagai tiada penghujung! sigh*

bayangkan, dalam satu minggu ni semua subjek yang aku amik untuk sem ni, dia buat test serentak! common test lak tu. memang nice la orang yang susun jadual peksa ni. alahai.. memang berderet paper aku semua.
double the fun! double the joy! yeah!

paper pulak bukan simple simple soalan dia. huwaaaaa  T_T



bukak je biji mata pepagi, terus capai pen dan kertas past sem! bermula la peperangan minda di pagi hari. satu soalan adalah dekat dua jam membuatnya., berdukacita bila satu pon tak imbang. tension tau!


so, untuk mengembalikan semangat belajar yang kian merundum itu, maka nota-nota kecil haruslah dilekatkan depan mata. bila rasa-rasa dan down semangat tu, pandang je depan. bacalah kata-kata hikmat ituu..
dengan harapan semangat kembali berkobar-kobar..


dan bertambah stress adalah kerana finals is just around the corner.. triple the joy! :D


maka, setelah penat golek kanan, golek kiri atas katil, aten call dan ajak study di library. tukar angin katanya. penat duduk dalam bilik. so oklah, aku terima cadagan itu. dari aku duduk bilik online tak habis-habis, baik aku study dengan dia.. seronoklah sikit. masa tengah bersiap-siap sekali hujan selebat-lebatnya pulak. ohmmmgee. macam mana nak pegi library ni?

redah hujan? oh nooo. ai baru basuh baju. memang takla aku nak cari pasal basahkan seluar jeans kan..
so dalam 5-10 min hujan mulai reda, dan alhamdulillah. termakbul jugak nak belajar di library. fun! fun!

sampai library je ingat nak stay sampai pukul 6ptg. tapi library tutup pulak pukul 4.45ptg. apsal la awal sangat? baru berkobar-kobar nak buat account. haaihlaa

so sebab tanak balik bilik, maka kaki dipanjangkan hingga ke tennis court sebab ade pembahagian kupon. nak kolej kan, so menapak la jugak ke sana. tapi game final baru mula so takkan nak terconggok je kat situ. 

maka cari tempat yang lebih selesa iaitu di blok Cendiakawan..  dah buat beberapa soalan, dan tersangkut lagi sekali sebab tak tau nak buat soalan macam mana, maka buku pon ditutup. hey hey..

dan kami pun meninjau tapak perniagaan baru dalam uitm segamat nii..

tadaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

COOLBLOG!!! 


tak sabar nak tunggu bukak. dan sudah membelinya pon semalam.


dan selepas itu, kaki laju melangkah ke volleyball court bila azrein kata dia sudah ada kat sana. ingat konon nak melawat kejap jelah kan,, hmm mana dapat wei! sampai sampai sana laju je letak bag, letak payung bukak jam, bukak gelang dan dan terus main. dengan pakai sandal segala. memang tak blah.

dah selalu main, so macam dah terasa addicted gila dengan volleyball. rugi pulak rasanye tak join dari awal awal sem dulu. betapa seronoknya bersukan.. hahahaha ;)

-coolblog-


hai hai

apa yang menarik minggu ini?
ye, bermula dari sekadar khabar angin yang memang susah nak percaya dan agak karut pada pendengaran dan akhirnya tiba-tiba muncul di hadapan mata?

apa ekspresi wajah yang patut ditonjolkan? sangat memberi impak ke berita ni? dan kenapa ayat aku sangat tak boleh blah. -_-' macam nak buat karangan pulok dah..

ok ok, apa yang dirasakan makin special dekat uitm segamat nih? memang dah terasa lah uitm di hatiku. gila gempak pembaharuan yang dilakukan ni.. 
aku pon sampai sekarang tak percaya lagi weh..

haa, tak caya lagi? tengok ni! tengok ni!

tadaaaaa...


gila kentang! memang syiok habis la kan.



ni sehari sebelum mula beroperasi. saje saje je nak melawat tapak operasi. berkotak-kotak lagi. lagipun saje je lalu masa on the way ke court volleyball. ;)



dan yang paling seronok nye adalah puan rahimah aka lecturer account kiteorang yang belanja! double the fun! :D

tak expect pon dia nak belanja, ingatkan acah acah je. nak bergurau manja. sekali dia pergi ke bag dia keluarkan purse dan hulur not RM50 kat kiteorang, apalagi ternganga la jap. :O

for real dia nak belanja? cepat-cepat turun bawah nak order. hahaha
nampak tak ramai tapi lamanye dia buat.. huhu T_T

takpela, orang dah nak belanja, redah ajelah.


muka ain yang bersemangat sungguh bila dapat coolblog free.. ehehehe


syera yang setia menunggu order di kaunter. total kiteorang semua punya adalah lapan! fuyoo.
tapi takpe, hari ni ade promo, so makanya, murah la satu cup tu. satu RM2.50 saje.
jimat duit puan di situu.. ;)


dan mereka sangat berbahagia bila dapat air masing-masing.
dan terdapat jugak satu incident di mana air aku jatuh lalu kebabom pecah. tak sempat nak menjamah pon nyee.. T_T

ternganga lagi aku kat situ.. :OO
sedihnyeee. last last kenalah jugak keluar duit sendiri. kalau tak beli karang takut pulak terliur dan termengidam. haa, kan dah susah nanti.

sementara tak ramai orang lagi baiklah beratur kejap. itupon dekat sejam menghabiskan masa berdiri di situ macam tunggul kayu. haaih!  

tapi sekali bila dah dapat, minum pun rasa terpaksa sebab macam terasa muak pulak? erk?

ngada ngada tekak aku ni.. hahaha oklah itu saja pada petang ini.. :)




p/s- sedih tak dapat main bola tampar ini hari T_T  sebab hujan. lagi sedih sebab tak dapat jumpa kesayangan.. erk? HAHA



Friday 10 February 2012

-bola tampar-


hai hai
minggu bersukan datang lagi. haha oklah. better lagi dari aku buat entry pasal makanan je, ye tak?
so memandangkan aku dalam fasa nak meng-diet ni kan, jomla rajin rajinkan diri menuju ke unit sukan.
kan seronok keluar peluh. badan sihat otak pon cerdas. barulah cepat nanti nak pick up dalam studies.. kehkeh




turun dari kolej dalam pukul 5.45ptg. aten dan ema tak sampai lagi. so duduklah dulu di tangga sana sambil melihat orang yang lalu lalang.. ;) panas time ni. jangan terpedaya dengan gambar! huahua




lawa pulak kan view ni. macam feeling dekat overseas pulak.. macam tengah spring! wakaka


kasut merah yang banyak berjasa. ;) jauh datang kasut ni..


okay, macam biasa sebelum melangkah menuju ke unit sukan, minuman berkukltur hidup adalah satu kewajipan. barulah sistem pencernaan diproses dengan baik? motif? wahhaha

aku tumpang minum air ema aje.. huhu dan lihatlah betapa rendahnya daku~ huuu  T_T


semangat mereka mengamalkan kehidupan yang sihat. 


baik. dah habis minum bolehla menuju ke jalan yang sangat jauh dan mencabar dengan menghadapi terik mentari. gila drama queen kau ni. ehehe. aten la yang suggest ikut jalan jauh ni. biar keluar peluh! barulah best!  ni baru permulaan jalan ni. -_-'


jauh lagiii~ 


haa kan dah kata, jauh. tak sampai sampai lagi ni haa. turun bukit pulak. barulah sampai di hadapan sana..
basah la jugak haa baju ni. tak payah nak warm up lagi dah.


motif? HAHA


konon konon nak amik la gambar daun berguguran sambil ditiup angin yang sepoi sepoi bahasa. haram tak nampak! haha

tengah duduk duduk ni, tetiba aku terperasan pulak. eh ade player tennis dari uitm arau laa. dan juga dari negeri-negeri lain!
wah wah. ada pape game ke ni? lalu pantas je aku scan nak cari muka dotdotdot. hampa. tiada. T_T
baru berkobar-kobar nak mencuci mata. *pang!

lepas tu call si azrein. manalah tak sampai-sampai lagi. dah pukul 6.30 kot. sekali bila call, rupa-rupanya dia dah lama terconggok kat court bola tampar. tengah tengok budak-budak lelaki yang sangat pro bermain. awat la hang tak habaq awai-awai? so menujulah kami semua ke arah dia..

lepas tu diri je dulu di tepi sebab takde bola nak main. tunggu turn kejap. sekali budak-budak lelaki ajak kiteorang join main sekali. 

"ok, tiga masuk sana, dua orang masuk sini."

haa? aku dah ternganga.. :O aku pandang ema. ema pandang aku.
gila apa nak main sama-sama. tanak la weiii. malu oh malu.
sekali dia kata,

"masuk jee. kiteorang pon main saje saje je ni"

sekali bila dah masuk, haa hambik kau. tau jelah lelaki kalau main macam mana. ganas gila laa! siap suruh aku serve bola. memang kena gelak jelah wei. haih.. malu malu -_-
lepas tu ade sorang abang yang sangat tinggi ajar aku serve bola. wahaha erk? abang kah? :P
memang aku duduk tepi terdongak dongak jelah. haha 
mereka main macam nak berperang!
main saje saje la konon. 


dah game over, siapa menang siapa kalah aku pon tak tahu, kiteorang tukar court lain pulak. legaaa ade bola ekstra. :D  barula seronok nak main. hehe

seronok sampai kan kasut si ema tertanggal demi untuk menyelamatkan bola! salute la kau ema! ;)

banyak dapat belajar hari ni. aku dah berjaya juga akhirnya serve bola. ramai yang caring ajar aku serve bola. oh suka! suka! :)

dan juga dapat kawan baru lagi...
tripple fun!
dah sem 4 baru nak merasa. 
kesian.. -_-'


dah senja dan juga azan dah berkumandang. moh le kita balik. mengamuk mama kalau tau aku balik time senja senja begini.. ish ish ish


cantik kan mentari jingga.. :)


dan pekena limau ais before balik. oh heaven! :)

esok pagi nak plan berjogging pulak. itupon kalau terjaga dari tidur la ye. kalau katil dah memanggil manggil, benda lain memang aku tak pandang dah! ;)

....tadaa...