Sunday 19 February 2012

-petang yang suram-


hai hai..
masih dalam mood study lagi ni. mana tak nye, dalam masa 4 hari ni, berderet semua test. ya, agak mencabar minda di situ. aku tak sangka dah berjaya melepasinya. and now is the last paper! dan aku tak sabar nak terbongkang ganti balik tidur aku yang memang dah berterabur sejak peksa ni. oh my my holiday is ruined! T_T  dari hari khamis straight sampai ahad. bila masanya aku nak bangun lambat goyang-goyang kaki?

dia punya tahap ke-tensionan mengalahkan amik final. memang betul betul orang yang kuat je dapat melepasinya. fuuh~  akulah tu.. HAHAHA bangga kejap. lalala

so memandangkan tinggal lagi satu paper je sebelum aku boleh tidur terbongkang, maka petang sabtu tu aku dah berkobar-kobar nak study sebab paper last adalah tepat pukul 8.30 pagi! so memang tak boleh main main la malam ni. itu kata hati la. 

dan petang tu seolah olah memahami penderitaan yang aku alami dengan mencurahkan isi hatinya. selebat lebatnya kerana menangisi kepayahan yang aku alami sepanjang 4 hari yang menyeksakan ini. aku sungguh terharu. T_T tsktsk.. dan dengan itu jugakla aku kempunan nak main bola tampar. petang je mesti hujan. 

tengok, bola tampar pon sayang aku, tak kasi main masa tengah exam. suruh study jeee..


hujan adalah tersangat lebat beserta dengan angin ribut! woah :O
lepastu aku relaks je keluar bilik berdiri sorang sorang tangkap jiwang dekat koridor kolej sambil membiarkan angin dan air hujan menampar-nampar muka ku yang gebuu.. pfft!
oh dan juga sambil merenung jauh terkenangkan court volleyball yang telah lama tidak ku jejaki. hukhuk.
bukan nye nak ingat test ye dak? ish ish ish.


bila hujan maka baju baju seharusnya lebih afdhal disidai dalam bilik bagi menjimatkan masa dan duit yang telah dilaburkan untuk mencucinya. dahla queue tersangat panjang. memang tak la aku nak beratur lagi sekali dan menghabiskan duit syiling yang sememangnya amat terhad sekarang ini.


okeh sebelum memulakan aktiviti ulang kaji, hari hujan macam ni memang sedap bermalas-malasan di dalam selimut sambil mengunyah jajan dan menonton movie? haha layan cite hindustan pon masuk~


itu normal. belajar tidak boleh dipaksa. lagipon paper esok pagi. bukan malam ni.. erk? *pang!



bila dah habis movie, hati terdetik pulak nak menoleh pada jam. dan ternganga lagi sekali di situ.. :O

ohmmmmgee. aku tak study pape lagi ni weh. dah pukul 9pm oi! lepas tu barulah perasaan keinsafan menjalar dalam hati. lalu cepat-cepat off laptop dan capai pen dan calculator. dan dan aje takut. dalam hati dah sumpah seranah dah kat diri sendiri. entah sampai bila nak insaf study last minute pon aku tak tahu. haiish! -_-

dah dah tak payah nak membebel, cepat bukak buku.. selang beberapa minit satu nota kaki yang sungguh membuat aku terganggu. erk?


okay. terima kasih kawan. :)

ok dah. aku nak study balik ni. babai! 



No comments:

Post a Comment