Monday 13 February 2012

-hobi baru-


hai hai.

ya, minggu yang sangat memenatkan bagi accounting student! dan aku sendiri tak sanggup nak menghadapinya. sebab aku sendiri boleh jadi pecah kepala. kalau la mesin masa si doraemon tu ade, memang aku  nak skip minggu ni. minggu yang serasa aku bagai tiada penghujung! sigh*

bayangkan, dalam satu minggu ni semua subjek yang aku amik untuk sem ni, dia buat test serentak! common test lak tu. memang nice la orang yang susun jadual peksa ni. alahai.. memang berderet paper aku semua.
double the fun! double the joy! yeah!

paper pulak bukan simple simple soalan dia. huwaaaaa  T_T



bukak je biji mata pepagi, terus capai pen dan kertas past sem! bermula la peperangan minda di pagi hari. satu soalan adalah dekat dua jam membuatnya., berdukacita bila satu pon tak imbang. tension tau!


so, untuk mengembalikan semangat belajar yang kian merundum itu, maka nota-nota kecil haruslah dilekatkan depan mata. bila rasa-rasa dan down semangat tu, pandang je depan. bacalah kata-kata hikmat ituu..
dengan harapan semangat kembali berkobar-kobar..


dan bertambah stress adalah kerana finals is just around the corner.. triple the joy! :D


maka, setelah penat golek kanan, golek kiri atas katil, aten call dan ajak study di library. tukar angin katanya. penat duduk dalam bilik. so oklah, aku terima cadagan itu. dari aku duduk bilik online tak habis-habis, baik aku study dengan dia.. seronoklah sikit. masa tengah bersiap-siap sekali hujan selebat-lebatnya pulak. ohmmmgee. macam mana nak pegi library ni?

redah hujan? oh nooo. ai baru basuh baju. memang takla aku nak cari pasal basahkan seluar jeans kan..
so dalam 5-10 min hujan mulai reda, dan alhamdulillah. termakbul jugak nak belajar di library. fun! fun!

sampai library je ingat nak stay sampai pukul 6ptg. tapi library tutup pulak pukul 4.45ptg. apsal la awal sangat? baru berkobar-kobar nak buat account. haaihlaa

so sebab tanak balik bilik, maka kaki dipanjangkan hingga ke tennis court sebab ade pembahagian kupon. nak kolej kan, so menapak la jugak ke sana. tapi game final baru mula so takkan nak terconggok je kat situ. 

maka cari tempat yang lebih selesa iaitu di blok Cendiakawan..  dah buat beberapa soalan, dan tersangkut lagi sekali sebab tak tau nak buat soalan macam mana, maka buku pon ditutup. hey hey..

dan kami pun meninjau tapak perniagaan baru dalam uitm segamat nii..

tadaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

COOLBLOG!!! 


tak sabar nak tunggu bukak. dan sudah membelinya pon semalam.


dan selepas itu, kaki laju melangkah ke volleyball court bila azrein kata dia sudah ada kat sana. ingat konon nak melawat kejap jelah kan,, hmm mana dapat wei! sampai sampai sana laju je letak bag, letak payung bukak jam, bukak gelang dan dan terus main. dengan pakai sandal segala. memang tak blah.

dah selalu main, so macam dah terasa addicted gila dengan volleyball. rugi pulak rasanye tak join dari awal awal sem dulu. betapa seronoknya bersukan.. hahahaha ;)

No comments:

Post a Comment