Monday 20 February 2012

-makan makan di Secret Recipe-


hai hai

hati terasa sangat la gembira. rasa macam nak lompat-lompat dan terbang-terbang aje. serasa dunia aku yang punya. okeh ni dah over! haha mana tak happy yang teramat bila minggu yang serasa paling mencabar berjaya dilalui dengan jayanya. kalah minggu final pulak weh. final pon aku tak rasa stress macam amik test ni.

papepon, semalam adalah paper last untuk test kiteorang! yeyah we should go out somewhere to celebrate a happy day of us? wahaha. dengan duit yang tengah suam-suam kuku memang aku nak terbayang keluar jenjalan la kan? haha

sekali kak long dengan muka bahagia dia, 
"jom makan dekat secret recipe! teringin laaa.."

maka tanpa berfikir panjang sebab dah terlalu bahagia sebab dah berjaya mengharungi minggu mencabar maka kita semua pon setuju mengikut cadangan kak long ituu.

dan mula la langkah kami menuju ke pintu utama UiTM..  lalalala

dan dan kiteorang semua setuju. wah wah!



nampak tak muka yang bahagia itu? lepas tu dengan selamba saje keluar melepasi pak guard dengan memakai selipar jamban. memang main bedal je aku hari tu. lantak la dia nak kata ape. mungkin sebab muka kiteorang yang berseri-seri ni pak guard tu pon kasi je lepas tanpa banyak soal.. hahaha


memang semua tak sabar-sabar nak melangkah keluar dari uitm. lama sangat dah kot terperap dengan buku dalam bilik. naik tepu dah otak. so sebelum keluar harusla berjumpa dengan mesin atm ye dak? haha

semangat semua orang mengeluarkan duit. ake je tak. sebab duit dah habis. tiada lagi dalam bank. oh abah, masuk kan la duit ekstra untuk anak mu diperantauan ini.. *pang! siapa suruh boros sangat. padan muka untuk diri sendiri sebab duit dah takde. hahaha


inilah kawan baik kiteorang dalam segamat. haha :P


tak dapat amik duit, posing depan bank pon jadiklaa. dan ya, tong sampah itu sangat menyibuk! huh


dan kami hanya menaiki bus kuning menuju ke bandar dan juga dikenakan charge sebanyak rm3 dari pakcik yang tersangat annoying tu! rasa nak pang pang aje dia tu. dahla banyak mulut. haish! geram gilaaa.
lepas tu potpetpotpet sepanjang perjalanan. tak nak hantar lain kali jangan la suruh kiteorang naik bus pakcik. baik naik van kuning yang siap ade aircond tuh! bayar pon rm2 je tau.

dan akhirnya kiteorang pon sampai la ke tempat yang hendak dituju. dan kedai pon tak bukak lagi. haha
so berjalan-jalan la dulu menuju ke kedai-kedai yang lain. dan kiteorang berjaya menyuruh ema membeli dress siap dengan belt lagi untuk dinner malam ni. 
kelass kau ema! haha hot stuff kau malam dinner nanti! 


dan lepas dah shopping perut pon mula bernyanyi mintak diisi. so kembali la semula menuju ke secret recipe. masuk.duduk.dan.terus.order.
namapak tak kelaparan yang amat sangat disitu.

lepas dah order makanan masing-masing, mereka memberi keropok udang complimentary. dah lapar, kerepok yang seciput pon semua sambar. haha


diana dan ema


inilah kak long orang yang mengidam nak makan dekat secret recipe. muka tersangat bahagia sebab hajat dah tercapai untuk makan di sini. satu rombongan dia bawak. 


dan aku dan kak long order kek! lama dah mengidam nak makan kek. sedapnyeee~ dah la lembut gebu dan lemak berkrim pulak. gilaa sedapp weh! mine is trans fat free creamy peach cake dan kak long punya blueberry cheese kot.

nangis nak makan lagi. nom nom nom


makan bersuap-suap pulak dia ye? alololo sweet nye kau ema. :)


keluarga bahagia kami semua!


air aten sedap! ade crunchy2 yang boleh digigit-gigit. sedapppp. ape benda yang aku tak sedap bila bab makanan? erk? -_-'


mine is tomyam noodles. mula-mula aku nak order nasi, nasib baik habis. haha so orderla ini sebab nak yang pedas punya. dalam menu ade tiga gambar cili. so nilah jadi pilihan idaman kalbu. dan rasanya not that bad! sedapp! :)


ema punya. spaghetti bolognese with beef.

aten dan dian order makanan yang sama iaitu rice with black pepper lamb. sauce dia sedap bila dicicah dengan jagung! lalalala


dan orang yang mengidam ni rupa-rupanya nak makan aglio olio ini. eh betul ke aku eja ni? haha

sedap jugak. udang dan sotong adalah sangat banyak!


aten makan jagung amat pantas. hanya amik masa selama 3 minit untuk makan dengan licin!


aku makan tak pandang kiri kanan dah. hahahaha


dian yang baik hati sebab memberi jagung itu kepada saya sebab dia tak suka. jadi terima kasih diana! :)


mushroom yang banyak. sebab tu jadi lagi sedap! :D


dan sangat terkejut bila bill sampai. hahahaha. pejam mata je bayar weh. lalala


dah kenyang dan suka hati marilah berangkat pulang. burp! alhamdulillah.. hee hee ^^

dan kemudian berjalan-jalan tanpa hala tuju dan aku telah membeli sehelai inner semata-mata untuk dibuat bermain bola tampar pada petang hari.

dan kami berjalan jauh mencari bus kuning yang boleh hantar kiteorang balik ke uitm. bila makan mahal maka duit takde nak sewa kereta dan terpaksalah menapak jauh. itu normal weh! ;)


kebetulan kami memakai baju hitam. so boleh jadi satu group disini. ;) yeah 3 by 3. dan dian katan saya nampak tinggi di sini. hahaha

dan pada waktu petang, aktiviti harian masih diteruskan walaupon langit kelihatan tersangat berat yang bila bila masa boleh memuntahkan air hujan. tapi hujan sayang aku. huhu. dia turun bila kiteorang dah puas bermain. hujan tau aku dah rindu nak menampar bola. ahaha.. seronok gila!


dan malam kami semua berkumpul di NR Cafe untuk menyiapkan assignment! penat betul minggu yang dilalui ini. tak sabar nak tunggu minggu yang mendatang yang lebih banyak masa untuk berehat. hahaha

dan dengan bangganya, aku nak bagitau aku telah overslept dan ter-ponteng kelas eco. okeh, salahkan mata. haish! -_-'


No comments:

Post a Comment