Sunday 4 March 2012

-bila hati mula berkata-

hai hai

boleh tak kali ni, aku nak buat entry tanpa gambar? haha. okay memandangkan sekarang dah mula masuk minggu final, jadi diri sendiri kena lah sentiasa faham jangan nak berjimba sangatlah. walaupon paper tak banyak sem ni. hanya empat. tapi itulah yang membahayakan sebenarnya. takut leka.

tapi betul ke hati dan diri ni dah cukup kuat nak menghadapi final exam ni? mengeluh memang bukan jawapan yang baik ye. tapi itulah yang aku nak buat. perasaan mudah sangat berkecamuk. minda melayang entah ke mana. mungkin kerana hati sentiasa memikirkan seseorang yang mungkin tak pernah teringat langsung kat diri aku ni. oh! sedihnyaaa..

jadi berangan jelah yang mampu aku lakukan. dia terlalu jauh dari jangkauan. ecece. nak feeling jiwang pulok. haish. haha. memang penat tapi itu je yang mampu aku lakukan. nak buat confession? memang bukan diri akulah tu. aku tak seberani itu. aku tak dapat terima kegagalan. boleh? haha. okay, otak aku dah tak betul. suka memikirkan sesuatu yang langsung tak logic. ish ish. back to the real world sarah. there must be someone that is waiting for you. lalalala. dont be sad. apa aku merepek nii? :/

okay la. coretan hati buat masa ni. nak cakap dengan kawan-kawan. semua dah balik rumah sebab study week kan? tinggal lah daku sorang-sorang dekat sini bercakap dengan laptop. kadang-kadang terlayan jugaklah dengan simsimi. suka sangat bagi jawapan yang agak-agak rasa nak bagi penyepak je. tapi dia jelah yang boleh menghiburkan hati.

baiklah! mari kita bukak buku semula. setelah terleka bermain FB dan berblogging dan juga terstalk dia. maaf la awak. tak sengaja. hahaha. 

semangat untuk final! go! go! go!

hopefully i can get the best and give the best to my proud parents, myself, siblings and you ~

sama sama lah kita mengejar target yeee. okbai!

No comments:

Post a Comment