Sunday 4 March 2012

-cotton candy-


hai hai

ini juga merupakan entry lama yang telah diberi nafas baru. wakaka. maaflah dulu tak berkesempatan nak meng-update blog ni. busy je memanjangkan? bila tengah cuti study week ade la masa sikit nak berjimba. walaupon patutnya masa ni kena bukak buku. lalala

ok, nak dijadikan cerita. if im not mistaken, these pictures was taken on Wednesday. masa ni hujan tengah lebat gila, mencurah-curah membasahi bumi segamat. ceh ayat nak power. haha dan kami mencari tempat berteduh. nak redah tak bawak payung pulak. so kerana tak rela nak bermandi hujan, duduk la lepak sebentar di library. lepas tu cakap lapaaarrrr. dan ema terus keluarkan makanan dari beg dia. membuntang mata aku tengok ade makanan. tak pandang kiri kanan dah. haha. syok betul. 



dan kami dengan selamba saje duduk di ruang legar library dan makan contton candy dan tengok tv sambil gelak-gelak. haha. agak-agak ade orang jeles tak tengok kegembiraan kami? haha



agak penyek sebab ema terhimpitkan kot. so kecut la sikit. tapi still fluffy lagi. oh oh dap nyeee. manis jee.
ema membelinya di pasar malam uitm yang ade setiap hari selasa. hewhew



nom nom nom. muka bahagia dapat makanan. pada asalnya ingat nak cari pisang goreng panas tapi sebab hujan dapat makan cotton candy jelah. tapi takpe, still dapat makanan lagi. haha.


masing-masing muka nak bahagia je bila dapat makan. oh baru perasan dian takdak. dia dah balik dulu rasanya time ni. hee ^^

dan dalam pukul 5pm macam tu, hujan pon dah berhenti. maka cepat-cepat la kami berkemas dan mahu balik ke kolej. dan aku sangatlah gembira sebab matahari dah bersinar terang di langit dan burung jugak dah berkicauan. cepat-cepat balik bilik, solat dan bertukar kepada baju sukan. okay, dah ready nak mulakan aktiviti harian.

mari kita ber-bola tampar~  heeeheee ;)


No comments:

Post a Comment