Wednesday 28 March 2012

-cuti sem kembali lagi-

hai hai..

masih mencari-cari masa untuk mengupdate belog ni.
fikiran masih belum pulih sepenuhnya setelah menjawab paper final.
dan satu peristiwa di mana 
aku menjawab paper FAR (account) dengan selesema yang kronik melanda.

tangan tu yang nak pegang tisu, dia jugak yang nak pegang pembaris.
hadoi tension aku. tisu pulak dah habis.
mintak pemeriksa pon dia tiada.
otak dah jammed
aku tak sempat nak check
yang aku fikir
nak matahari je time tu.

dan sekarang aku sudah di rumah dah
dan sesi mengemas barang pula
bilik dah macam tongkang pecah.
malas nyee oi.

siapa nak tolong ni.
tak suka pindah-pindah rumah ni
tapi seronok. erk?

yeah! dah kembali ke tempat asal
sungguh seronok nyeee

:)

nanti aku cerita plan aku sepanjang cuti sem 2 bulan ini ye. tata

Monday 5 March 2012

-kebudak-budakan-


hai hai

entry tanpa bergambar lagi? boleh tak? hahaha sukati ai la kan. heehee ^^

okay nak dipendekkan cerita. aku tanak masuk sem depan. huh! kenapa? sebab aku dah bosan dengan perangai diaorang yang tak matured langsung. ish geram aku. benda yang kecik nak diperbesarkan? what the??? 

aku taulah kelas kiteorang memang jadi perhatian semua orang. sebab kelas kiteorang cool. semua sekepala. dan kami semua hidup girang bersama-sama. tanpa ada persengketaan. tapi kenapa mesti ada orang ketiga, keempat kelima dan keseratus sekali pon yang nak kacau daun? kiteorang tak kacau orang lain. tapi kenapa sibuk sangat nak kacau kiteorang? sedih laaa.. sebab orang orang itulah, kami terpaksa berpecah.

dan alasan mereka nak masuk pon langsung tak logic. yang tak boleh diterima dek akal. yang kalau budak budak dengar pon mesti terkekek-kekek gelak. eh betul ke aku eja? wahahaha. kenapa kami yang menjadi mangsaaa? whhyy oh whhyyy? T_T

lepas ni macam mana nak hang out together? macam mana nak gelak sama-sama? macam mana nak enjoy? macam mana nak berperangai gila-gila? dan semua macam mana punya persoalan bermain di minda. macam mana niiii? aku tak suka sem depan. belum masuk lagi, dah penuh dengan onak dan duri. me dont like it.

sedih la macam ni. tak sangka pulak, dalam kegembiraan kami ade jugak yang iri hati rupanya. itulah manusia. atau mungkin aku ni yang cepat melatah. cepat sangat judge orang melulu. itu tak dapat dinafikan jugak. salah aku jugak. tapi memang hati aku kuat mengatakan tak boleh. sangat tak boleh tak terima.

tengok gambar lama buat aku menangis tak berlagu jadinya. T_T.  ni baru berpecah kelas. belum masing-masing dah grad. mesti lagi sedih. aku tak dapat nak bayangkan nanti. huwaaa. sedih gilaa. sedih melayan gambar-gambar lama. boleh ke kita berjumpa macam ni lagi? hukhuk





masa iftar tahun lepas. seronok sangat! :)


kami semua ayu dan comel. hahaha *pang!


subject yang paling gila. law the killer. ish ish


dinner persida sem ni. ;)


half of the class. tak semua yang attend dinner ni. tapi masih seronok.

okbai. 

mood : sedih dan kecewa. T_T

maaf bagi yang terasa. ini cuma luahan hati yang sedang berduka cita. 


Sunday 4 March 2012

-cotton candy-


hai hai

ini juga merupakan entry lama yang telah diberi nafas baru. wakaka. maaflah dulu tak berkesempatan nak meng-update blog ni. busy je memanjangkan? bila tengah cuti study week ade la masa sikit nak berjimba. walaupon patutnya masa ni kena bukak buku. lalala

ok, nak dijadikan cerita. if im not mistaken, these pictures was taken on Wednesday. masa ni hujan tengah lebat gila, mencurah-curah membasahi bumi segamat. ceh ayat nak power. haha dan kami mencari tempat berteduh. nak redah tak bawak payung pulak. so kerana tak rela nak bermandi hujan, duduk la lepak sebentar di library. lepas tu cakap lapaaarrrr. dan ema terus keluarkan makanan dari beg dia. membuntang mata aku tengok ade makanan. tak pandang kiri kanan dah. haha. syok betul. 



dan kami dengan selamba saje duduk di ruang legar library dan makan contton candy dan tengok tv sambil gelak-gelak. haha. agak-agak ade orang jeles tak tengok kegembiraan kami? haha



agak penyek sebab ema terhimpitkan kot. so kecut la sikit. tapi still fluffy lagi. oh oh dap nyeee. manis jee.
ema membelinya di pasar malam uitm yang ade setiap hari selasa. hewhew



nom nom nom. muka bahagia dapat makanan. pada asalnya ingat nak cari pisang goreng panas tapi sebab hujan dapat makan cotton candy jelah. tapi takpe, still dapat makanan lagi. haha.


masing-masing muka nak bahagia je bila dapat makan. oh baru perasan dian takdak. dia dah balik dulu rasanya time ni. hee ^^

dan dalam pukul 5pm macam tu, hujan pon dah berhenti. maka cepat-cepat la kami berkemas dan mahu balik ke kolej. dan aku sangatlah gembira sebab matahari dah bersinar terang di langit dan burung jugak dah berkicauan. cepat-cepat balik bilik, solat dan bertukar kepada baju sukan. okay, dah ready nak mulakan aktiviti harian.

mari kita ber-bola tampar~  heeeheee ;)


-sama dan serupa-


hai hai.

ini cerita lama yang telah diselongkar kembali. memandangkan tengah final, maka makin banyaklah entry yang masuk sebab nak release tension. boleh macam tu? hahaha. itu normal bagi sarah abu bakar. jadi enjoylah yee..


ya, lagi sekali. minggu untuk menghabiskan duit dah kembali semula. memang sem ni uitm banyak buat anjuran jualan. apalagi, duit pon laju je keluar macam air. tapi barang nye tak nampak pon. mana nak perasan, dah beli sikit sikit.  lepas tu bila nak withdraw duit dari bank baru terkejut sorang sorang depan bank?

eh tinggal ni je ke duit aku? bocor apa bank ni? -_-'

itulah natijahnya bila seseorang mempunyai sikap boros. time banyak duit, sedap je beli macam macam. sekarang bila dah pokai, makan pon nak berjimat-jimat.. hahaha. normal la tu bagi aku.. ;)

jadi masa uitm buat event PC Fair yang langsung tak rupa PC Fair tu sebab satu booth je yang jual barang-barang PC dan booth lain semua jual kain dan buku dan tudung, maka kami semua nekad nak beli friendship ring pulok. haha

yelah hari tu masa beli cincin, dian takdak. maka beli lah gelang pulak supaya dapat benda yang sama. huuhuu. maka inilah gelang kami! siap ade nama masing-masing tau.

how shweett :)



comel kan? hewhew.

sayang ketat-ketat. jangan hilangkan ye? ;)

-bila hati mula berkata-

hai hai

boleh tak kali ni, aku nak buat entry tanpa gambar? haha. okay memandangkan sekarang dah mula masuk minggu final, jadi diri sendiri kena lah sentiasa faham jangan nak berjimba sangatlah. walaupon paper tak banyak sem ni. hanya empat. tapi itulah yang membahayakan sebenarnya. takut leka.

tapi betul ke hati dan diri ni dah cukup kuat nak menghadapi final exam ni? mengeluh memang bukan jawapan yang baik ye. tapi itulah yang aku nak buat. perasaan mudah sangat berkecamuk. minda melayang entah ke mana. mungkin kerana hati sentiasa memikirkan seseorang yang mungkin tak pernah teringat langsung kat diri aku ni. oh! sedihnyaaa..

jadi berangan jelah yang mampu aku lakukan. dia terlalu jauh dari jangkauan. ecece. nak feeling jiwang pulok. haish. haha. memang penat tapi itu je yang mampu aku lakukan. nak buat confession? memang bukan diri akulah tu. aku tak seberani itu. aku tak dapat terima kegagalan. boleh? haha. okay, otak aku dah tak betul. suka memikirkan sesuatu yang langsung tak logic. ish ish. back to the real world sarah. there must be someone that is waiting for you. lalalala. dont be sad. apa aku merepek nii? :/

okay la. coretan hati buat masa ni. nak cakap dengan kawan-kawan. semua dah balik rumah sebab study week kan? tinggal lah daku sorang-sorang dekat sini bercakap dengan laptop. kadang-kadang terlayan jugaklah dengan simsimi. suka sangat bagi jawapan yang agak-agak rasa nak bagi penyepak je. tapi dia jelah yang boleh menghiburkan hati.

baiklah! mari kita bukak buku semula. setelah terleka bermain FB dan berblogging dan juga terstalk dia. maaf la awak. tak sengaja. hahaha. 

semangat untuk final! go! go! go!

hopefully i can get the best and give the best to my proud parents, myself, siblings and you ~

sama sama lah kita mengejar target yeee. okbai!