Thursday 17 November 2011

-makan makan di Tony Romas-


hello peeps..

memang entry yang selalu jadi trademark aku dah mula ni. tak sah kalau tak bawak makan makan kan?
walaopun gambar ni dah nak lapuk ditelan dek zaman, aku tak kira..
nak jugak cite. nak jugak!

time makan makan ni adalah masa ketika di mid valley.
aku pon lupa kenapa aku pegi mid valley.
yelah cite dah lapok kan..
nghe ngeh


restaurant ni menyediakan makanan western foods.
dengan harga yang boleh dianggap reasonable la kot.
tapi boleh tahan mahal jugak la tapi portion makanan dia besar besar,
satu pinggan boleh dua orang makan. so dah boleh jimat di situ. 
mintak je pinggan kosong extra. tak yah risau, takde service charge.

haa..
so masa pegi ni, kiteorang order dalam 4 dish je.
dan harris yang ngada ngada je bising nak fish n chip. tapi lepas tu makan tak habis.
alasan muak. senang betul. 
tapi tak yah risau ramai yang tolong habiskan. semua pon kan piranha. :)



so the first dish is if im not mistaken its lamb's rib.

sedap jugak ni. lembut je daging dia. mama la order ni.
mama punya fav memang daging!
aku kureng sikit la daging daging ni. takat rasa boleh la.

tapi aku balun mashed potato banyak. haha sedap!


second dish aku pilih!
ini fettucini.

tapi cheese memang banyak tabur atas pinggan.
tapi memang sedap!


ini aku dah lupa nama ape.

macam ala ala piza sikit. tapi bukan. camne eh nak terang..?

base dia tu macam lebonese bread n dibakar sampai keras tapi senang nak gigit.
lepas tu letak cheese, mayo, daging, sayuran dan rempah ratus.
sedap!
as appertizer pon sesuai.
lepas tu hidang atas papan pemotong.
kelasss kau!


dan tak lengkap hidangan kalau tak ade salad.

chicken salad. sedap!

aku ade ke yang tak sedap? -_-'


walaupon 4 dish tapi tengok, penuh kan meja?
betul tak aku cakap besar besar plate dia?
memang puas la makan kat sini.


muka control ayu je. satgi tak sabar nak terkam makanan!




harris buat muka pulak sebab kena suruh amik gambar.. yelah dia kena jalan jauh sikit. kena pusing meja. haha




satu family!

okeh okeh dan ingat kenapa datang makan sini.

sebab nak celebrate birthday ABAH! haha
apa la punya anak lupa event penting ni. haih la.

bila tengok gambar ni lama lama pastu tengok tarikh lagi,
okeh kita tengah celebrate birthday abah! hee ^^

dan lagi best sebab birthday boy yang belanja! TRIPLE FUN!


 nom nom nom..


mama tengah busy potong ribs itu. 



birthday boy tengah mamam. jangan kacau. 

dan kami semua had our dinner dengan bahagia sekali.

dan lepas makan makan tu kiteorang nak heading balik kampung kat tanjung karang tu.
ingat nak belikan nenek kfc. nenek memang suka makan ayam.
tapi sebelum sampai Tony Romas ni ade satu restaurant, Popeye's tengah buat launching rasanye, dapat la coupon free.
dapat dua..

so harga ayam dia murah, belilah dua set untuk nenek.
aku dan julia yang ditugaskan untuk beli.
sementera mama dan yang lain lain duduk lepak sambung makan lagi.

sebab ramai yang datang beli, kenalah beratur. nasib baik laju jugak la service dia.
sempat jugak la aku dan julia camwhoring dalam kedai tu.

memang tak tau malu betul. wakaka!

lepas dah dapat order, kiteorang jalan la balik ke Tony Romas.. sekali dengar orang jerit terlolong.
aku pandang julia, julia pandang aku.

aku pon pusing pusing carik. dari mana datang ni?

sekali pusing tengok ade sorang laki kurus  kena kejar dengan sorang perempuan. agak berisi la badan dia.
makin lama laki ni lari makin laju. tergopoh gopoh je nampak. kalut semacam je aku nengok.

fuh! best ni ade drama melayu.
perempuan tu siap suruh orang yang lalu lalang tahan dia. 

dan aku sempat la nampak ade someone yang tahan dia.
tapi aku buat donno je.
malas ah nak busy body sangat.
hal rumah tangga diorang la kut.

pada pandangan aku macam kes cerai yang nak tuntut hak penjagaan anak je aku nengok.

pergh!
kepochi betul la ai ni kan? aw aw aw. pang!

ok.
selamat menjamu selera! :)




Wednesday 16 November 2011

-nasi ambang-


hahai.. :)
memang dah peel aku kalau sekali update memang banyak la entry yang masuk lepas ni.
ecece.. macam tak biasa pulak kan? nak nak kalau tengah tension tahap gaban. macam final contohnye. haa cuba check memang banyak entry masuk kan? kan?

tension la katakan. nak release la konon nye. penat mata ni tengok tulisan dan nombor yang banyak banyak itu. oh pening pening! sampai nak muntah. ngada. 
lepas dah update mata tetiba gatal pulak tertoleh dekat jam loceng warna pink atas katil baru tersentak jap.
eh eh aku tengah final la sekarang ni. apa yang aku tengah buat ni.. ?? 

haa time tu baru kalut. weh sekarang dah pukul berapa? banyak lagi aku tak cover ni. 5 bab lagi. jangan memain. waa ~ paper esok dah la pepagi buta. T_T

teeeeeeeeeeetttttttt~
masa tamat. memang malam tu aku tak tido la. padan muka sape suruh leka. nasib baik paper lepas! dan setiap sem aku buat benda yang sama. tak pernah nak serik. itulah aku. wakaka.

ok ok ni memang dah jauh lari dari tajuk. 
jom jom kita balik kampung dulu. cepat naik kete pakai seatbelt.
hee ^^
nak tengok sawah hijau jap. saujana mata memandang.



haa. ok dah boleh bukak seatbelt. tanjung karang, kita dah sampai ni.

nampak nyaman tenang aman damai tapi ya ampun panas kemain.
kalau kat rumah atuk tu time tengah hari memang semua berebut rebut nak carik kipas.
lepas tu semua terlentang atas simen. fuh nyaman.

cuaca yang betul betul sedap adalah pada waktu malam dan pagi.
macam kat tanah tinggi dah nii. 
keliling semua penuh dengan kabus tebal.
feeling overseas jap.

ok tujuan asal nak bawak balik kampung kali ni adalah nak bawak pegi makan
nasi ambang.

apa tu nasi ambang? ala aku bet la semua ramai dah kenal kan.
kat pasar malam sekarang dah berlambak. satu bungkus rm4. macam macam ade kat dalam.
ikan kering, sayur goreng, tempe, serunding, ayam. 
haa memang lengkap semua dalam satu bungkus.
kenyang la makan.

tapi yang ni aku nak bawak makan nasi ambang original punya.
wahaha.

dalam dulang yaw..

ado? ado?

maap ler ni memang gambar dah berzaman punya stok. :)
aku kan memang suka korek korek gambar lama.


adalah wajib satu dulang ni dikongsikan beramai-ramai. makan 10 orang pon tak habis. yakin sangat.
tapi kalau nak melantak sorang sorang pon boleh jugak.
takdehal la.

semua muka tak sabar sabar nak terkam dulang tu.


berebut nak makan. berselirat semua tangan. kecik besar semua ade.


haa nasi ambang ni selalu orang order bila ade apa apa majlis. macam kali ni kiteorang buat sempena majlis tahlil atuk. ni semua orang orang kampung yang datang sempurnakan majlis.
tapi nasi ambang ni dorang tak makan kat situ, amik plastik pink bungkus dan bawak balik rumah.

licin dulang. senang nak kemas nanti. :)



tengok besar ke tak besar hidangan dia?

memang kenyang untuk dua hari.
ayam seekor ambik kau. nasi satu periuk. mee goreng semangkuk. bawah mee tu ade lagi lauk sayur goreng dia. memang puas la makan satu dulang ni,




spot the dot.
mana ade camera situ ade aku. 
haha. *poyos

orang lain semua dah tak sabar nak terkam. eh baru aku perasan ade satu lagi peace kat situ!
tengok lettew. HAHA



yang baju hijau tu la nenek ai..
dan yang baju biru tu moyang ai..

masa kecik kecik takut ou dengan mbah(moyang) garang gila.
kalau dah masuk waktu solat kau jangan la berani berani nak dekat dengan tv ke computer ke.
memang cari nahas la kau.

tapi tu dulu..
sekarang lain dah.
sekarang jumpa cium cium pipi dah.
dah besar kata kan. huahua. 

pape pon nasi ambang the best la! kalau kat kampung kalau dah order mesti berdulang dulang.
betul betul dapat mengeratkan silaturahim.

the best yaw! :)

-dating pertama-


huyoo.. 
dating pertama kali nya dengan si dia dalam hidup ni. memang tak pernah la terimpikan akan keluar berdua dengan si dia. berkenalan masa aku sem dua dengan status roomate. wakakaka ayat geli la babe! 

perkenalan yang boleh aku consider agak lama la jugak kan. and yup, still bertahan sampai sekarang. tapi aku rasa sedih la sikit nye pasal apa sem yang mendatang ni dia dah sem 6!!
huahuahua T_T last sem untuk kak mira. oh tidak!

jangan tinggal daku ~

so hari selasa lepas kiranya semalam la kan, aku and kak mira janji nak hangout together gether ni haa. wah! plan memang baik punya la kan. wakakaka. kiteorang plan memang kalau dengar je mesti orang akan pikir.
amboi adventurous perjalanan diorang ni. mengalahkan explorace la pulak kan.
ye ke? ke macam aku sorang je yang rasa? haha

ok..ok.. 
plan bertukar dan kerap bertukar banyak kali sebelum kata muktamad diambil. heh!


disebabkan kiteorang ni sorang takde lesen dan yang sorang lagi ade lesen tapi takde kenderaan maka nye kak mira kata 'baik, nanti abah kita lalu depan rumah sarah then pick up sarah kita pegi breakfast dekat hutan bandar pekena char mee ye'. ok, aku no hal la.. 
tapi yang buat aku sentap adalah ayah kak mira datang pukul 6.45 - 7 pagi. okeh aku repeat, PAGI ye adik-adik.

memang akak nak siap siap pegi sekolah ni haa.. hahaha 
selalu pegi kelas pon aku tak siap awal awal macam ni. lepas solat subuh memang aku landing balik. haha baik punya perangai budak ni. 

so dalam keberatan pagi tu aku gagah kan diri untuk bangun awal. lama dah tak bangun awal ni. haha. okey mandi bersiap bersolek . okey baru pukul 7.30 pagi.

turun bawah sekali mama suruh kemas rumah. ok baik! on astro pasang lagu jap. haa baru la ade feel nak kemas rumah. basuh pinggan kat sink dan have a light breakfast. yela satgi kan nak dating dengan buah hati. wakaka.

okeh pastu tgk jam dah nak pukul 8. eh mana kat mira ni, mesej dia. pastu dia kata dia kat office abah dia jap. dalam 8.15 sampaila. oh okeh!

plan asal kata nak terus pegi tak jadi. rasa macam awal sangat kan.. so kak mira duduk la dulu kat rumah ai ni kan.. borak borak jap. facebook facebook jap. makan makan jap. gosip gosip jap. dalam pukul 10 macam tu baru kiteorang gerak ke hutan bandar..

and for my treat sebab kemas rumah pada awal awal pagi mama setuju nak hantar kiteorang.
oh syok!!



selamat pagi semuaa! :)

perjalanan kami baru bermulaaaaa...

sampai sini je terus nampak ramai nye orang. mana la nak duduk ni.

okeh dan mata aku terus terpaku kat satu meja kosong. cepat cepat lari tanak orang curik. haha
aku booking meja, kak mira pegi order char mee.. ermm nyumnyum!

cepat je dah siap char mee ni. walaupon orang ramai order tapi bab service dia memang superb la!


haa.. buah hati ni pilih untuk makan char mee beserta dengan air barli ais. hmm! dapnyee.

muka bahagia noo..



and for me. mesti la limau ais. my fav tu. boleh buat bakar lemak. kurus la sikit nanti. *pang!


mari kita zoom in!

inilah dia char mee.. :) mee dia ala ala kuey teow halus. tapi rasa macam magi kering tu. paham ke tak? haha pastu kuah dia pekat. macam kuah mee hong kong. lepas tu isi ayam kemain banyak. fish ball and sayur pelengkap rasa. dan yang paling penting skali adalah sambal dia yang memang superb la!~
pedas ouuu.

dan yang buat lagi best adelah kak mira yang belanja! wakaka.

pastu kite teruskan perjalanan dengan menaiki bus. yelaa kete takde kan? hukhuk
first time nak naik bus ni. jakun dan terkinja kinja. haha 

naik bus sampai la bus stop kat jb sentral. kiteorang turun. pastu aku pandang kak mira, kak mira pandang aku. so mana nak pegi ni? mana city square ni? siap call mojojo tanya arah. kesian betul la budak dua orang ni. 

dah macam tourist yang tersesat kat tengah bandar asing. cuma tak bawak map je. tu la pasal boleh sesat la kot. nak tanya orang malu. padan la orang kata, malu tanya sesat jalan. haha nasib tak sesat masuk singapore.

dan akhirnye lepas ikut arahan mojo, haa sampai jugak pon. hikhik
mula mula round round dulu. usha sana usha sini. pastu pegi beli tiket wayang. oh ye, tengok cite tower heist. aku bagi 3/5 je. kureng sikit la. hmmm.. tak boleh beat cite immortals. itu memang bam bam bom!

haa lepas tu pegi pusing pusing cari bank. duit makin nipis so kenalah cucuk duit. hehe

dan kemudian...
its dessert time babe! 
mana nak tuju, masa untuk wayang pon lama lagi dan kiteorang pon carik la Baskins Robbins!
hooyeah! :)

carik kedai dia? mana? tak nampak nampak. laa rupa rupanye tengah upgrade la pulak. baru pikir nak lepak2 sana. hmm takde rezeki la nampak nyee..



dah beli sorang satu! :)
rasberry flavour for me and strawberry cheesecake for kak mira. 
rasa besar pulak portion dia, ke aku yang tengah kenyang? haha.


okey dah takde tempat nak melepak duduk la kat tengah tengah ni. ade macam satu kotak besar. belasah je duduk sini. :) 

pastu kak mira cuit cuit kita kan...
''sarah sarah.. cuba awak tengok keliling yang duduk atas kotak ni.. semua macam orang orang tua aje.'

dan dan aku terus pusing dan  erk.... betul la. -_-' 

belasah je lah geng!

apa lagi photoshoot pon mula la. 



maap.. saya rasmikan dulu.. nomnomnom. dapnyee..

ni masa belum tengah muak, muka bahagia la. haa sekali angin muak dah sampai, amik kau!



khusyuk betul korek aiskrim. mana tak nye sekali dalam tu ambik kau, berketul ketul cheese dia. besar gedabak pulak tu! mana la tak muak kan. sampai pening kak mira ni haa.. hahaha


makan sikit sikit.. pelan pelan.. supaya tidak muak. 


senyum. :)


yang banyak tu la aku punya. ai busy tangkap gambar laa ~


baik punya aiskrim ni! tangan aku dah hitam.. wuwuwuw penangan Karisma la hari tu. T_T


nak ke? meh meh ai suapkan. nganga luas luas.. aaaaaaaaa...
alolo.. manja dia tau. *pang!


..kami..






oh oh dapnyee ~


boleh jadi duta BR dah ni. haha




ehem ehem.. kenapa eh aku nampak macam dah kuruih eh? *pang




malas ah nak pandang.. makan aiskrim lagi sedap oouu. nikmat!



sebelum gerak naik tengok movie, kita amik gambar sama sama la ye.. 

dan hari kami berakhir lepas movie tamat. sebab kan penangan cheese yang berketul ketul dalam aiskrim membuatkan kak mira jadi pening maka rumah la jadi tempat rehat..

itu saje hari kami yang indah. berbual bual dan gosip gosip sikit.. :) hikhik

oh oh. aku sempat beli botol bros yg baru nii.. :) nak tengok kah? biasa biasa saje je..



tadaaaaa.... :)


hooyeah!
sem baru botol baru semangat baru! :)

okbai..

Friday 30 September 2011

-terminal segamat terbakar-


bila berita ni di beritahu oleh mojojo tengah hari tadi, i was like WOAH! biar betul. mula mula aku ingat terminal larkin yang terbakar. tapi rupanya segamat punya.

oh man! macam mana aku nak balik nanti? tapi itu takpe lagi. tak cukup untuk dikesiankan sangat. ni, macam mana dengan orang orang berniaga dekat situ. apa jadi dengan sumber pendapatan diaorang?
kesian kot. habis musnah periuk nasik diaorang. 

tempat tu memang la popular. terminal la katakan.
mesti tanggung kerugian banyak kan? 
punca kebakaran ade orang kata sebab berlaku gas bocor. tapi entahlah. siasatan masih sedang dilakukan.

tapi lately ni memang banyak kes letup terbakar semua kan? 
bencana boleh berlaku dekat mana mana aje.
atau mungkin ini salah satu sabotaj.





marak betul api. ni dekat bahagian kaunter tiket.



tak salah ni kaunter Cepat Express kan?


uish. asap menjulang-julang. habis kedai kedai runcit, kedai handphone dekat situ.



ni kawasan tempat makan. musnah dah semuanya.


p/s- bencana boleh melanda di mana mana sahaja. waspadalah setiap masa dan bertawakal.