Friday 30 September 2011

-terminal segamat terbakar-


bila berita ni di beritahu oleh mojojo tengah hari tadi, i was like WOAH! biar betul. mula mula aku ingat terminal larkin yang terbakar. tapi rupanya segamat punya.

oh man! macam mana aku nak balik nanti? tapi itu takpe lagi. tak cukup untuk dikesiankan sangat. ni, macam mana dengan orang orang berniaga dekat situ. apa jadi dengan sumber pendapatan diaorang?
kesian kot. habis musnah periuk nasik diaorang. 

tempat tu memang la popular. terminal la katakan.
mesti tanggung kerugian banyak kan? 
punca kebakaran ade orang kata sebab berlaku gas bocor. tapi entahlah. siasatan masih sedang dilakukan.

tapi lately ni memang banyak kes letup terbakar semua kan? 
bencana boleh berlaku dekat mana mana aje.
atau mungkin ini salah satu sabotaj.





marak betul api. ni dekat bahagian kaunter tiket.



tak salah ni kaunter Cepat Express kan?


uish. asap menjulang-julang. habis kedai kedai runcit, kedai handphone dekat situ.



ni kawasan tempat makan. musnah dah semuanya.


p/s- bencana boleh melanda di mana mana sahaja. waspadalah setiap masa dan bertawakal.

No comments:

Post a Comment