Thursday 13 January 2011

-bila ia terjadi-

adalah sangat memenatkan
bila seseorang
yang amat
kita sayangi
kita minati
buat tak endah saje

bagai diri tidak berguna
 berat terasa
di dalam hati
hanya Allah yang tahu

bila diuji
dengan pelbagai
perasaan yang mencabar
benar-benar
buat aku terduduk
tersungkur di sisinya
yang masih buat tak tahu

aku menangis dalam sepi
menahan air mata dari
gugur di pipi
aku tidak tahu
mengapa aku boleh
sampai pada saat
seperti
hilang semangat untuk terus
berada di sampingnya

apa yang aku lakukan
hanya dia di dalam fikiran
hanya dia yang mampu
buat hati aku
berdebar-debar
tapi dia?

bukan tak pernah
cuba bencikan
dirinya,
tapi semakin dicuba, semakin mendalam
perasaan aku terhadapnya..
aku sakit
menanggung rasa sakit hati ini.
pedih terasa.

bagi si dia
aku mintak sikit saja
perhatian
tak banyak biarlah sekadar
cukup dengan
kata-kata.

aku rindu itu!!

p/s- kalau aku punya keberanian, adakah dia akan menerimanya?

No comments:

Post a Comment