Monday 23 May 2011

-famous amos ke ni?-


pada petang hari ni..
angin sepoi-sepoi bahasa bertiup..
indah sungguh perasaan hari ni..
tenang..relax..chill..

ok..ok.. DAH!
nak berdrama bagai asal seh? hahaha
yelah lama kan tak update blog ni haa..
berhabuk dah bagai..
dah nak habis cuti sem yang pendek ni, baru rajin nak update...
ingat ya harus kena mention PENDEK! ni haa...
sensitip I tau.. huhu

ape kena tajuk entry aku hari ni eh?
famous amos?
uishh.. siapa tak suka ni?
memangla.. harga dia mahal sikit berbanding choc chip cookies yang lain..
tapi rasa macam sama je kan..
nama brand dia yang mahal tu..
itulah business..

ceh!
mentang-mentang dah belajar management..
poyo je lebih...
HAHA

okey-okey..
back to the story.
aku memang suka melencong terlebih arah ni.. :D

okey hari ni aku nak buat
choc chip cookies ala-ala famous amos gitu..
haha
baru puas boleh makan banyak-banyak kan?
haha.. makan je tau!




okay tak berapa nak banyak la bahan-bahan yang diperlukan untuk buat
cookies ni.. kira senang jugak la
for beginners.. :)

what are we need to have are:-

BAHAN A

6 oz butter
6 oz gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

BAHAN B

5 oz tepung gandum
4 oz tepung naik sendiri
4 oz badam cincang
4 oz chocolate chip
1 sudu besar koko powder

p/s: dalam gambar lupa pulak den nak letak koko powder.. hihi



okay dah kumpul semua bahan-bahan yang diperlukan
apalagi,
 amik la besen@mangkuk yang cukup besar untuk gaul sebati bahan-bahan tadi..
masukkan semua BAHAN A tadi...
 make sure butter tu dah dinyah sejuk (ayat skema lak.. haha) for about setengah jam..
 biar lembut sikit 
so senangla nak mix dengan bahan-bahan yang lain.


camnila rupanya bila dah
mixed together.. 
kacau sampai kembang dan gebu
gitu... :)


lepas tu masuk kan la pulak
choc chip
badam cincang
dan
serbuk koko

kali ni gaul pakai spatula sahaja
sebab tak memerlukan kuasa yang tinggi pon
so dapatla
nak exercise tangan tu sikit
hehe


dah sebati lebih kurang macam ni
warna semua sekata boleh la
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ngada-ngada nak buat camni jugak.. haha


masukkan kan 
tepung gandum
dan 
tepung naik sendiri

still gaul pakai spatula..
tak payah dah nak pakai mixer bagai..
letak tepi..letak tepi..

nak lagi syok?
pakai je tangan tu..
buat tambah perisa..

jangan main-main..
perisa yang penuh dengan loves!!


gaul biar sebati seperti di atas..


then boleh la dijemput-jemputkan
atas baking tray korang.. :)


letak di dalam oven..


kemudian set temperature bagai...
 meh..meh.. 
cara bacaan seperti di atas ialah (kiri ke kanan)

api atas bawah
suhu lebih kurang 150-160 celcius
dan 20 minute untuk setiap session..


walla~~~
choc chip cookies saya dah siap!!
lalalal...

adalah juga kan rupa
macam famous amos tu kan?
rasa pon not bad jugak..

nak?
how about you all try buat..
sure tak menyesal and mesti nak cuba lagi tau..



lepas tu boleh la
simpan dalam bekas kedap udara
so cookies tu
tak lemau...

cookies ni boleh tahan lama..
sebulan sampai.. :)

tapi konfem la tak sampai sebulan
licin bekas cookies ni..
tak caya?

haaa..
try buat!!

p/s- untuk bakar cookies ni, adalah perlu untuk setiap 10 mins alihkan kedudukan tray supaya cookies tak hangus dan dimasak sama rata... Gud Luck!!  :)

No comments:

Post a Comment