Thursday 12 April 2012

-cousin's day out-


hai hai

yeah. aku tengah cuti sem lagi of course. memang heaven duduk rumah menternak lemak ni. 
yelah, bangun, makan, tengok tv dan tido. takde dah rutin harian bermain bola tampar. nak bersukan takde kawan dan peralatan. so acaner tu? haish, naik cuti ni jadi boolat la aku. hewhew...

dan sepanjang minggu ni parents aku takde dekat rumah for the whole week. ade trip ke korea. so masa ni lah aku nak asah bakat aku jadi suri rumah untuk persediaan untuk masa akan datang kelak. hey, at least i can be a good chef. (chef la sangat!) haha 

dan sepanjang parents takde dekat rumah, dua orang kazen sedia menemani aku dan juya di rumah. mama n abah tak confident nak tinggalkan kami berdua saja. maka diutuskan lah dua orang kazen aku yang baik hati ni menemani kami di rumah.

dan memang keje nya keluar rumah jelah kan? takde benda nak buat, jenjalan jelah aktiviti rutin harian yang paling seronok! haha dan kebetulan hari rabu lepas ada public holiday sempena pertabalan agong.

dan cuti tu tak disia-siakan dengan duduk melepak di rumah saja memandangkan semua kazen-kazen aku pon cutikan. haruslah keluar jenjalan. haha destinasi yang ditujui adalah midvalley megamall.

tujuan asal nak keluar ni sebab one of my kazen nak terminate broadband dia, dan  satu-satunya maxis centre yang bukak time public holiday  adalah dekat mid valley. dan aku siap ajak kazen aku yang duduk dekat seksyen 7 datang sekali join kiteorang. kan seronok keluar ramai-ramai. hee ^^

so off we goooooo....

perjalanan pergi midvalley adalah dekat sejam. kereta memang tak payah nak kata la, sangat padat. itupun nasib keluar awal sikit. kalau lambat memang stuck la dalam jammed. sampai midvalley pon payah jugak nak cari parking. semua zon parking penuh aje. pusing-pusing nasib baik jumpa satu tempat. legaa je rasa.

dah dalam midvalley pon ya Allah. manusia terlalu la ramai. dah macam ikan sardin je berhimpit-himpit. macam-macam orang. macam-macam ragam. lemas den ni haa. kazen aku jalan ke main laju menonong cari maxis centre. lemas dah agaknye. 

aku sempat la usha beberapa kasut sukan dari luar kedai. teringin nak membeli. buat sukan. kalau pakai kasut merah aku tu, takut rosak la pulak. sayang jugak. susah payah aku mencarinya satu dunia! haha

dah round-round cuci mata semua, perut pon dah berkeroncong. memula ingat nak makan dekat seoul garden. nak feeling korea le konon. tapi midvalley mana ade! T_T so decide la nak makan dekat food court aje. tapi ramai jugak orang. takde tempat nak duduk. so keluar la balik. last-last pergi makan di kenny's roger je. itu pon kena beratur kejap.



juya dan kak leen yang sangat excited! makan kan sangat seronok. :)




kak no dan aku. kazen aku yang ni lah nak terminate broadband dan secara tak langsung buat kami semua kazen-kazen buat gathering sama-sama.



orang lain semua sibuk amik gambar, boleh pulak si bella ni main game. aish, addicted sungguh. haha. memang tak toleh kiri kanan dah.






dah puas bergambar, makanan pon sudah sampai! semua senyum sampai ke telinga. 
makanan kot. siapa yang tak suka kan?











tadaa. this is mine!
jacket potate with creamy chicken kot. alahai lupa la pulak nama dia.

tapi sodap okeh! nampak je macam tak kenyang, tapi fuh memang senak la jugak perut. nyumnyum :)

dan bila semua pon dah kenyang, dah ada tenaga balik, bill pon sampai. tadaa, bayarkan la ye? haha



dan lepas makan kami semua meneruskan misi jalan-jalan semula. break kejap nak solat zohor. itu pun surau tersangatlah padat yang amat! tak pernah aku jumpa nak amik wudhuk pun beratur dia mengalah ape aje. siap berpusing-pusing bagai. dekat sejam jugaklah spent masa nak solat zohor dan asar. maklumla, solat hujung-hujung waktu ni kan...

dan hasil yang aku dapat sepanjang berjalan di midvalley ialah sepasang wedges yang sangat lawa (kasut sendiri memanglah dipuji) dari NOSE. harga sangat reasonable. lebih kurang harga CROCODILE la jugak. selesa pon ye. terus zapp beli. tak pikir panjang. aku kan memang begitu. lepastu balik rumah menyesal sendiri. tapi tak guna dah, dah terbeli. pakai aje lah. haha that is sooo typical me! ;)

dan before balik ke rumah kami semua pekena abc, lai cee kang dan jugak cendol di seksyen 2 shah alam. memang the best la! sodappp. dah terlalu penat sampai lupa nak snap gambar. haha

dan habisla seharian hari kami bersama-sama. really enjoy the moment together! seronok! duit pun turut la sama melayang. haha. biasalah nama pun cuti. wakaka :D


2 comments: