Thursday 19 April 2012

-rainbow cake-

hai hai

selamat bercuti sem semua! haha saje je dengki sebab tau tak semua students tengah cuti. okay apa lagi perkembangan yang aku dah buat selain dari mengembangkan badan? alahai bila la nak mula diet ni? ish jiwa kacau betul la. semua makanan nampak sangat enak di depan mata. tak dapat ditolak. aish aish aish

so tanak cite pasal proses menternak lemak, jom aku nak bawak masuk dapur!

biasalah sekarang semua orang nak ikut trend, and i'm one of them also. kan tengah hangat orang sana sini nak blaja buat rainbow cake. so dengan cuti yang ada ni. moh le kita try jugak membuat nye.

tambah lagi ternak lemak.. -___-"



kek perlu dibakar setiap layer ye. so rainbow cake ni ada enam layer maka kerana tak cukup loyang yang hanya ade satu je,  kenalah bersabar dengan setiap saat untuk membakar kek itu ye. fuh! agak lama dan mencabar jugak!

pastikan kek tak terlalu masak. hari tu masa aku buat, first layer aku ter overbake so melekat la dia pada grease paper yang aku alas tu. mau tak panik. siap merekah-rekah pecah seribu pulak. dah menjatuhkan semangat pulak. aku ni memang hati tak kental sikit. wahaha!

 terus rasa, alaaa malas dah nak buat. tapi bila mengenangkan harga bahan-bahan nak beli agak mahal sebab ade cream cheese dan jugak kena leter sebarang dua dengan mama tabahkan la jugak hati menyiapkan kek ni haa...


so lepas siap je kek itu dibakar layer by layer dan before tunggu layer yang lain siap dibakar, balut la dengan cling wrap untuk pastikan kelembutan dan kek tu sentiasa moist. tapi sebab cling wrap aku habis, bedal je dengan plastic balut makanan ni haa. (lupa pulak nama dia apa) hahaha


so bila semua layer kek dah siap dibakar dan sejuk, boleh la mula susun ikut warna rainbow. jangan silap susun pulak. kang jadi rainbow terbalik pulak. haha. letak kan frosting between each layer. agak-agak sama tebal la. 

owh aku jugak letak kertas grease disekeliling alas pinggan yang aku guna tu. so nanti bila sapu frosting keliling kek tu, pinggan tak comot. kan nanti jadi satu hal pulak nak bersihkan keliling pinggan tu. aku terbaca tips ni dalam blog. tapi sory lupa blog yang mana. huhu


takpe kalau kek tu pecah seribu pun. sebab nanti akan di cover pakai frosting. orang tak perasan pun. boleh la test skill main puzzle masa susun kek ni. haha sebab itulah yang aku buat.

kek dia memang sangat fragile. yelah, nipis dan lebar. normal la tu.


tadaa. siap dah cover cake dengan frosting! tengok keliling pinggan bersih jee. senang!


so letak la dalam fridge dalam lebih kurang at least sejam la bagi keras kan sikit frosting tu. so nanti bila potong kek tak la dia lari-lari sebab frosting tu dah steady je. ;)


walla! it's time to eat! :)


kira okay la untuk first attempt kan? takla teruk mana rupa dia. :)

abah siap bagi tips lepas ni kalau nak buat, abah suruh letak flavour for each layer. so frosting tak payahla pakai cream cheese. just pakai whipped cream saja. jimat kos sikit. :) dan kurang muak!

tapi for cheese lovers, kira okay la. sebab takdelah muak sangat. (belit-belit la aku cakap!) -_-"



nah! enjoy! :D

owh recipe aku amik dari blog ni
v
v
v
v
v
v
v
v


so kepada sesiapa yang mahu mencuba
just give it a try! 
its fun to play with colors :)


No comments:

Post a Comment