Tuesday 10 April 2012

-family day-


hai hai

yeah cuti sem sudah kembali lagi. dan dah nak masuk minggu yang kedua dah. 
tapi takpe ade lagi 6 minggu untuk berfoya-foya. hahahaha (gelak jahat)

dan untuk dua minggu cuti ni, keadaan adalah sangat tunggang langgang dan kelam kelibut.
dengan nak pindah rumah, mengemas satu hal lagi, lagi ulang alik jb setiap kali weekend. first week hari anugerah adam untuk pmr. fly all the way dari kelantan. fuh syok habis la bro. tapi dia pergi sekolah, kiteorang pegi family day! lagi best :)

gerak dari shah alam dalam lepas isya' macam tu. ingat nak gerak lagi awal tapi abah pulak ada last minute meeting. so nak tak nak kenalah jugak gerak lambat. kesian pada abah la. dari kerja siap-siap kena pulak drive ke jb.
 itulah, ai nak amik lesen tak bagi. kalau tak boleh jugak tolong. haha ;) ehem ehem

so sampai jb lebih kurang pukul 2.30pagi. terus straight ke hotel Le Grandeur. dekat dengan Senai Airport. lepas check in je masing-masing terus letak kepala dan tidur dengan nyenyaknya. esok pepagi dah kena bangun awal. nak hantar adam dekat sekolah dan family day! ouh penat


lepas breakfast je, mama n abah pon sampai ke hotel dari hantar adam. dan we all straight ke family day. diaorang buat dekat area pool side. sampai-sampai mereka tengah buat aerobik. buat indoor je sebab hujan tak berhenti dan agak lebat la jugak. so beberapa itenary terpaksa ditukar.


harris si budak gomok masuk game cari duit dalam tepung dan tiup belon. tapi awal-awal lagi tiup belon dah disqualified sebab dia ter-missed. siapa suruh ikut abah main bowling. game ni pon tak menang. kalah. ish ish. takpela takde rezeki. tapi dapat duit lima posen. okeh la tu. boleh la buat beli jajan. haha


aku sebagai penyokong setia dia. ahaha. lepas tu duduk tepi amik gambar. dah itu aje yang mampu. ;)


ni lagi sorang jugak. aku amik gambar, dia pon nak jugak. layan ajelah.



harris dalam posisi sedia. semangat dia nak main tiup tepung. 

lepas habis je main game ni, we all have a light meal. ada sandwich, ada meehoon, ada aiskrim (the best), ada kuih muih, dan segala jenis makanan yang sodap-sodap lah. tapi sayang aku tak sempat pon nak rasa semua sebab aku dah melantak awal-awal masa breakfast. cet! rugi aje. T_T

kalau tau makanan kat family ni sedap-sedap, aku minum air je patutnya masa breakfast tadi. 



dah habis mengisi perut semua, acara diteruskan dengan main bowling laa. walaupon takla terer mana, asyik masuk longkang pun, dapat la jugak semua pin tu jatuh aku kerja kan. (ehem!) walau sekali dua je yang jadi macamtu. ehehe

eh kenalah bangga dengan pencapaian kita. haha

then habis je game bowling, ade lunch break. solat dan makan. erk? makan lagi?
yang tadi pon tak hadam sepenuhnya. kalau tak makan rugi pulak nanti. sedap-sedap pulak tu. desserts dia paling the best! cake semua yummeh. ;)

aku konon-konon nak diet tak makan nasi la. amik pasta dan salad aje. feeling mat salleh kejap la konon. nasi dengan lauk pauk dah common. pfft! hahaha




perut dah kenyang, dah ade energy semula, game sukaneka pun dimulakan. dengan terpacak bawah panas terik mentari. fuh! siapa tahan. patutnya sukaneka buat pagi, tapi kan dah hujan sepanjang hari maka di postpone la ke petang. masa ni jam tepat pukul 2.30pm. dah la tak pakai sunblock. memang nice jelah burned muka. hukhuk T_T


mama masuk acara kupas kulit kentang dengan bawang. jangan ingat ni senang-senang punya haa.. dia suruh pakai penknife tu okey. nasib aku tak daftar nama. haha. kentang tu pulak bukan main kupas macam tu aje. kena kumpul siapa yang dapat kulit paling terpanjang sekali! haa, boleh? (pengsan!) kalau pakai peeler boleh la aku buat. hohoho.


lepastu, kiteorang masuk game dressing pakai bahan-bahan recycle. mula-mula mama daftar nama aku, then bila dengar dia kata suruh buat catwalk, memang taklah aku nak buatkan? kirim salam, goodbye! ai kan pemalu. (pang!)


nasib baik ada mama the saviour! glory...glory..
lepastu, baju apa yang kiteorang design pon aku tak tau. merepek je. kembang sana, kembang sini. jurai sana, jurai sini. tah pape jelah. boleh pulak tengah catwalk tu tercabut baju kertas tu. nasib la mama pandai cover. memang la tak boleh jadi designer aku ni. hahaha tangan keras! tapi menang jugak nombor dua tu. jangan main-main haa? hahaha




dan acara diteruskan dengan main tarik tali. mula-mula abah tak nak pon join game tarik tali ni. tapi sebab nak cukupkan tempat, terpaksalah jadi bidan terjun. semangat amik posisi depan-depan. haha

first round menang! yeaaah. lepas tu second round kalah la pulak. okey alasan sebab rumput basah. bila tie-break, konon-konon dapatla cover balik. tak sedialah konon masa second round tu.nak bagi chance la untuk the other group tu menang.



sekali, hmmph! berputih mata ajelah. 


dan acara diteruskan lagi dengan water polo. aku, julia harris dah tak betah dah nak duduk situ. (ceh, ayat novel) ingat nak main pingpong. tapi table penuh aje. haish, tension betul. haha last-last pujuk abah nak main tennis. hahaha melayanglah jugak rm25. tapi dia unlimited. mainlah berapa lama pun. dengan jeans bagai. julia siap kaki ayam lagi.

kira okeyla tu main tennis. lari je lebih kutip bola. pukul nya tak pun. haha. bakar la balik lemak-lemak melantak je dari pagi. berpeluh sakan takyah cakaplah. tapi memang fun! ingat nak main bola tampar, tapi tak nampak pulak court dia. bola ada. rindu kejap pada rutin harian. dan juga pada ehem ehem. (ouh sakit tekak) hahaha

almost sejam la jugak kiteorang ke hulur ke hilir kejar bola, abah panggil suruh balik. dah pukul 5.30pm. nak mandi lagi. nak solat lagi. lepastu kena check out pulak pukul 6pm. fuh! memang tak duduk diam. penat dah tahap maksimum dah ni.

dan dipendekkan cerita, we all semua sampai shah alam dari jb pukul 3 pagi. sebab semua keletihan yang amat, nampak je sign R&R terus berhenti. bayangkan, all the way dari jb ke shah alam, kalau ada 20 perhentian, semua kiteorang singgah. nampak tak keletihan yang amat di situ?

aku? of course la membuta je dekat seat! HAHA

ni baru aktiviti pertama cuti sem yang panjang ni. ada lagi. jangan risau. huahua :)



No comments:

Post a Comment